Utusan Borneo (Sarawak)

Sudah selesai naik taraf sistem bagi operasi di Madinah dan Mekah

-

MADINAH: Unit teknologi maklumat (IT) Tabung Haji untuk operasi haji 1439H komited dalam memastikan perjalanan operasi berkaitan IT berada pada tahap optimum dalam usaha memastikan petugas haji dapat memberi perkhidmat­an terbaik kepada para jemaah.

Pengarah Operasi Tabung Haji Bahagian IT Hanizam Hanif berkata unit itu telah selesai menjalanka­n kerja-kerja naik taraf sistem teknologi bagi operasi Tabung Haji di Madinah dan Mekah untuk tahun ini bagi memberikan perkhidmat­an yang lebih baik kepada jemaah berbanding tahun lalu.

“Perkhidmat­an IT merupakan nadi perkhidmat­an operasi haji yang diberikan oleh Tabung Haji pada setiap musim. Antara perkhidmat­an yang diberikan ialah penyediaan infrastruk­tur, sistem- sistem serta aplikasi-aplikasi Tabung Haji di sini.

“Persediaan awal yang telah pihak IT lakukan semenjak tiba pada 2 Julai yang lalu ialah memastikan infrastruk­tur dan aplikasi sistem dapat berfungsi dengan baik apabila digunakan untuk petugas kelak,” katanya semasa ditemui media, di sini pada Ahad.

Pasukan IT Tabung Haji pada musim ini merangkumi 18 petugas dan pakar IT dari pelbagai sektor IT dengan seorang ditempatka­n di Jeddah, dua di Madinah dan selebihnya ditempatka­n di Mekah.

Beliau berkata pihak IT telah melakukan beberapa penambahba­ikan dari segi infrastruk­tur dan sistem perkhidmat­an yang dilaksanak­an sejak berakhirny­a musim haji tahun lepas.

“Antara penambahba­ikan yang telah dilakukan ialah menaik taraf infrastruk­tur dan talian rangkaian di beberapa bangunan utama bangunan Tabung Haji (Madinah dan Mekah) seperti ibu pejabat kita di Makkah, Bangunan Abraj Al-Janadriyah, Hospital Mubarak (Mekah), bangunan operasi di Madinah dan juga Jeddah,” katanya.

Dalam usaha menawarkan rangkaian Internet yang lebih baik, Hanizam berkata bahagian IT dengan kerjasama Tabung Haji Jeddah telah mempelbaga­ikan rangkaian pembekal telekomuni­kasi seperti STC, Mobily dan Zain.

“Tujuan penambahba­ikan ini adalah untuk memastikan capaian-capaian kepada sistem perkhidmat­an dan data-data jemaah haji dapat dilakukan dengan pantas dan mengelak sebarang gangguan sepanjang operasi haji pada musim ini,” katanya. — Bernama

Persediaan awal yang telah pihak IT lakukan semenjak tiba pada 2 Julai yang lalu ialah memastikan infrastruk­tur dan aplikasi sistem dapat berfungsi dengan baik apabila digunakan untuk petugas kelak. Hanizam Hanif Pengarah Operasi Tabung Haji Bahagian IT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia