Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tumpas penyeludup­an hidupan liar bernilai RM1 juta

Johor transit seludup dari Indonesia sebelum eskport ke China

-

JOHOR BAHRU: Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas Polis Di Raja Malaysia ( PDRM) bersama Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor berjaya mematahkan cubaan menyeludup pelbagai bahagian spesies hidupan liar bernilai RM1 juta dalam dua kes, Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata antara bahagian spesies hidupan liar dirampas termasuk lapan tengkorak, tulang, sepasang gigi dan tiga taring dipercayai harimau, batu hempedu beruang, dua tanduk banteng dan satu tanduk kambing gurun.

“Serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Taman Johor Jaya di sini, dan menahan empat lelaki warga tempatan manakala serbuan kedua di sebuah rumah di Ulu Tiram dengan seorang lelaki tempatan ditahan.

“Kedua-dua serbuan itu menemui beberapa bungkusan bahagian spesies hidupan liar dengan berat keseluruha­n 37.3 kilogram,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Polis Daerah Seri Alam, di sini semalam.

Beliau berkata kesemua suspek berusia antara 29 dan 72 tahun dibebaskan dengan jaminan polis, bagaimanap­un, pasport mereka ditahan.

Kedua-dua serbuan itu menemui beberapa bungkusan bahagian spesies hidupan liar dengan berat keseluruha­n 37.3 kilogram. Datuk Seri Zulkifli Abdullah Pengarah Jabatan KDNKA

“Sindiket yang beroperasi sejak 2010 ini menjadikan Johor sebagai transit membawa masuk bahagian tertentu spesies hidupan liar dari Indonesia sebelum dieksport ke China untuk tujuan peruba- tan, makanan dan a perhiasan badan.

“Untuk tujuan itu, kita sedang bekerjasam­a dengan pihak berkuasa kedua-dua negara bagi berkongsi maklumat berkaitan sindiket penyeludup­an ini,” katanya sambil menambah rampasan itu adalah kedua terbesar selepas sindiket buru dan jual hidupan liar secara haram di Gerik, Perak pada Mac lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 68 Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang membawa hukuman denda tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM500,000 serta hukuman penjara tidak lebih lima tahun, jika disabitkan kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Zulkifli (dua kiri) bersama Mohd Khalil (kiri) dan Jamalun (tiga kiri) melihat tulang, tengkorak, gading dan bahagian hidupan liar yang dirampas dalam dua serbuan di Taman Johor Jaya dan Ulu Tiram pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Seri...
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Zulkifli (dua kiri) bersama Mohd Khalil (kiri) dan Jamalun (tiga kiri) melihat tulang, tengkorak, gading dan bahagian hidupan liar yang dirampas dalam dua serbuan di Taman Johor Jaya dan Ulu Tiram pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Seri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia