Utusan Borneo (Sarawak)

Laluan utama pemerdagan­gan manusia dibongkar

-

BANGKOK: Dua puluh tiga ‘ejen’ pemerdagan­gan manusia ditangkap semasa operasi besar- besaran yang dilancarka­n oleh Polis Thailand untuk menghalang selatan Thailand daripada menjadi destinasi transit bagi migran yang cuba memasuki Malaysia secara haram.

Timbalan Ketua Polis Pelanconga­n Thailand, Mej Jen Surachet Hakpal berkata operasi itu juga berjaya membongkar laluan utama pemerdagan­gan yang digunakan oleh sindiket pemerdagan­gan manusia untuk menyeludup pendatang tanpa izin dari Myanmar ke Thailand dengan menjadikan Malaysia sebagai destinasi terakhir.

“Laluan pemerdagan­gan ini bermula dari Koh Song, sebuah pulau Myanmar ter- letak berhampira­n Ranong di selatan Thailand. Dari Ranong, pendatang akan dibawa dengan menaiki bas ke Chumphon dan Phattalung sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai, sebuah bandar di selatan Thailand,” kata beliau kepada wartawan di sini.

Dari Hatyai, pendatang akan dibawa sama ada ke Sadao atau Sungai Golok, dua bandar sempadan yang terletak paling hampir dengan sempadan Thailand-Malaysia untuk meneruskan perjalanan terakhir ke Malaysia, kata Surachet.

Beliau berkata, kebanyakan pendatang tersebut ialah migran Rohingya dan warga Myanmar yang lain.

Surachet berkata, empat daripada 23 ejen pemerdagan- gan manusia yang ditangkap dalam operasi itu ialah warga Myanmar yang menjalanka­n kegiatan itu selama lebih lima tahun, untuk memudahkan kemasukan rakan senegara mereka ke Thailand dan Malaysia.

“Mereka (keempat-empat ejen) akan merekrut warga Myanmar (di Myanmar) dan membawa mereka ke Koh Song dalam perjalanan yang kemungkina­n berakhir di Malaysia sebagai destinasi terakhir,” kata beliau.

Surachet berkata polis akan meningkatk­an usaha untuk menumpaska­n rangkaian pemerdagan­gan manusia yang beroperasi di negara itu termasuk yang dijalankan oleh rakyat asing dan telah menjalin kerjasama dengan Malaysia bagi mencapai ob- jektif tersebut.

Beliau percaya bahawa ‘rangkaian’ itu akan ditumpaska­n dalam masa tiga bulan akan datang dan mereka yang terlibat dalam jenayah itu akan didakwa di mahkamah.

Dalam operasi selama tiga bulan itu, polis merampas dua buah bas, tiga trak pikap dan tiga kenderaan, dipercayai digunakan oleh sindiket itu untuk membawa pendatang dari Ranong ke sempadan Thailand-Malaysia.

Sementara itu, timbalan ketua polis Wilayah Sembilan, Mej Jen Daoloi Muendech berkata, siasatan oleh polis menunjukka­n terdapat lima kumpulan ejen pemerdagan­gan manusia yang kini beroperasi di Myanmar.

“Siasatan juga menunjukka­n bahawa sekurang-kurangnya 50 orang terlibat dalam jenayah itu di Thailand,” kata beliau dan menambah terdapat tiga kumpulan beroperasi di negara destinasi, Malaysia.

Polis Thailand Wilayah Sembilan yang bertanggun­gjawab menguatkua­sakan undang-undang dan ketenteram­an di selatan Thailand telah mengeluark­an waran tangkap ke atas suspek-suspek yang terlibat dalam kegiatan pemerdagan­gan manusia.

Surachet dan Muendech juga memeriksa kem sementara yang digunakan oleh ejen- ejen pemerdagan­gan manusia untuk menempatka­n pendatang tanpa izin di daerah Banklum, Songkla sebelum menyeludup kargo manusia itu ke memasuki Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Seorang bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewen­gan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak, dibebaskan Mahkamah Majistret, Putrajaya,...
— Gambar Bernama DIREMAN: Seorang bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewen­gan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak, dibebaskan Mahkamah Majistret, Putrajaya,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia