Utusan Borneo (Sarawak)

PERHILITAN jumpa bangkai rusa sambar mangsa pemburu haram

-

KUANTAN: Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang menjumpai bangkai seekor rusa sambar yang menjadi mangsa pemburu haram di Hutan Simpan Berkelah, Jerantut dekat sini, kelmarin.

Pengarah PERHILITAN Pahang Ahmad Azhar Mohammed berkata bangkai rusa betina dewasa itu yang mempunyai kesan tembakan dijumpai oleh penguat kuasa pada 12.30 tengah hari kelmarin, berhampira­n sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan di kawasan tersorok dalam hutan tersebut.

“Pihak penguat kuasa melakukan pemeriksaa­n di hutan itu setelah menerima aduan tentang aktiviti pemburuan haram oleh tiga hingga empat orang lelaki.

“Suspek melarikan diri ke dalam hutan apabila menyedari kehadiran pegawai penguatkua­sa dan gagal dikesan di sekitar lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Ahmad Azhar berkata pihaknya telah membawa bangkai rusa sambar dan kenderaan digunakan suspek ke ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 62 Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 kerana memburu dan menyimpan hidupann liar yang dilindungi tanpa lesen yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. — Bernama PORT DICKSON: Satu jawatankua­sa akan ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian seorang peserta Port Dickson Internatio­nal Triathlon.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata jawatankua­sa itu akan diketuai oleh Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Lokman Hakim Ali.

“Jawatankua­sa ini akan melihat sekiranya berlaku apa-apa yang bercanggah atau yang tidak dipenuhi dari segi undang-undang dan kami akan maklumkan kepada media,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Syed Saddiq berkata siasatan itu juga akan melihat dari segi keselamata­n oleh pihak penganjur Port Dickson Internatio­nal Triathlon termasuk kelulusan daripada Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

“Sebab itu kena tunggu keputusan jawatankua­sa sebab kita kena tengok kalau ada apa-apa syarat yang tidak dipenuhi dan kalau tiada akan ada tindakan susulan… tapi perlu adakan dahulu jawatankua­sa ini,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Thram Wei Wong, 39, yang lemas ketika menyertai acara renang pada kejohanan Port Dickson Internatio­nal Triathlon, pagi semalam.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan meluangkan masa kira-kira 25 minit mendengar taklimat dan menziarah keluarga terdekat Thram di unit forensik Hospital Port Dickson (HPD).

Beliau kemudian turut meninjau lokasi kejadian sambil diiringi Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia