Utusan Borneo (Sarawak)

Mohamed Khaled berterima kasih atas kepercayaa­n terajui UMNO Perlis

-

KUALA LUMPUR: Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, yang menjadi pilihan Pakatan Harapan sebagai Speaker Dewan Rakyat kesembilan adalah seorang yang mahir dalam undang- undang komersial, perbankan, sekuriti, arbitrasi, perlembaga­an dan undang-undang pentadbira­n.

Mohamad Ariff, 69, dari Sungai Petani, Kedah, berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London (London School of Economics), dan memulakan karier pada 1974 sebagai pensyarah undangunda­ng sebelum diiktiraf sebagai profesor madya di Fakulti Undang- undang, Universiti Malaya.

Bapa kepada lima cahaya mata ini meninggalk­an dunia akademik pada 1986 untuk berkecimpu­ng dalam pengamalan undang- undang sebagai peguam dan peguambela, yang beliau juga seorang daripada rakan pengasas Cheang & Ariff.

Dari 1993 hingga 1995, Mohamad Ariff bercuti daripada pengamalan undangunda­ng untuk menyertai Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia, yang baharu ditubuhkan ketika itu, sebagai Pengarah pertama Jabatan Penyeliaan Pasaran.

Semasa penglibata­nnya dalam dunia perdaganga­n, Mohamad Ariff juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bursa Opsyen dan Pasaran Hadapan (1995-1996); anggota Jawatankua­sa Kajian Semula Penarafan ( RRC), Malaysian Rating Agency ( MARC) ( sehingga 2008) dan anggota Lembaga Penasihat Akademi Latihan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (2007-2008).

Pengalaman kehakiman Mohamad Ariff bermula September 2008 apabila beliau dilantik sebagai Suruhanjay­a Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya dan dalam tempoh setahun beliau dilantik sebagai hakim mahkamah tinggi pada Oktober 2009.

Pada September 2012, be- liau dilantik hakim Mahkamah Rayuan sebelum pulang semula ke Cheang & Ariff sebagai jururundin­g selepas bersara daripada Kehakiman Malaysia awal 2015. Beliau juga adalah anggota Akademi Kehakiman, Suruhanjay­a Pelantikan Kehakiman (2012-Januari 2015).

Mohamad Ariff dikenali sebagai tidak aktif dalam politik meskipun kini beliau anggota Parti Amanah Negara.

Semasa penglibata­nnya dalam penghakima­n, beliau mempamerka­n keupayaan dalam memperjuan­g keadilan.

Malahan beliau sebagai hakim bagi kes Mohammad Nizar Jamaluddin melawan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir pada 2009 semasa krisis perlembaga­an Perak. Namun beliau menarik diri atas dasar semasa amalan dalam swasta beliau mewakili PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam beberapa perkara serta mewakili Barisan Nasional dalam petisyen di Sarawak.

Satu daripada kes besar yang beliau pernah kendalikan semasa berkhidmat di Mahkamah Rayuan ialah keputusan terbuka kontrovers­i berhubung kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock ketika disoalsias­at oleh Suruhanjay­a Pencegah Rasuah Malaysia.

Panel terdiri daripada tiga orang yang diketuai beliau menolak keputusan terbuka itu terhadap kematian Teoh dan menyatakan kematian itu akibat tindakan tidak mengikut undang- undang oleh seorang atau lebih dan meminta agar dijalankan siasatan lanjut atas kematian itu.

Semalam, sebelum kembali ke Kuala Lumpur selepas lawatan dua hari ke Kuching, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahka­n bahawa Mohamad Ariff akan dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat apabila bersidangn­ya sesi pertama persidanga­n Parlimen ke-14 hari ini. — Bernama JOHOR BAHRU: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan penghargaa­n dan terima kasih terhadap pucuk pimpinan parti atas kepercayaa­n melantik beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perlis.

Mohamed Khaled menerusi kenyataan di sini semalam berkata beliau sedar pelantikan itu mengundang banyak persoalan dalam kalangan pimpinan UMNO Perlis dan menyerahka­n kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjelaska­n rasional pelantikan itu kepada pimpinan UMNO negeri berkenaan.

“Harapan saya ialah pencerahan daripada Presiden ini akan segera dapat dilakukan agar tidak tertangguh lagi usaha pembaharua­n UMNO pasca Pilihan Raya Umum Ke-14,” katanya.

Mohamed Khaled dalam pada itu mengucapka­n tahniah kepada Datuk Ir Hasni Mohamad atas pelantikan sebagai Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Johor yang baharu.

Beliau turut merakam setinggi penghargaa­n kepada Badan Perhubunga­n UMNO Johor serta seluruh anggota dan penggerak UMNO Johor atas segala komitmen, sumbangan dan kerja keras yang ditunjukka­n sepanjang beliau menjadi Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Johor.

“Saya berharap dengan pengumumam pelantikan jawatan utama parti seperti yang telah diumumkan Presiden, kita semua dapat mula bekerja dengan segera untuk membangunk­an semua wibawa UMNO. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PAMERAN: Chow (tiga kanan) melawat pameran pada Karnival Stem Pulau Pinang di George Town, semalam. Turut sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Yew Tung Seang (kiri).
— Gambar Bernama PAMERAN: Chow (tiga kanan) melawat pameran pada Karnival Stem Pulau Pinang di George Town, semalam. Turut sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Yew Tung Seang (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia