Utusan Borneo (Sarawak)

SUK P.Pinang akan tanggung tugas Ahmad Zakiyuddin

-

GEORGE TOWN: Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Farizan Darus akan menanggung tugas Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang kini dalam cuti sakit selepas menjalani pembedahan pintasan jantung Isnin lepas.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata perkara itu dibincangk­an dalam mesyuarat mingguan Exco memandangk­an Ahmad Zakiyuddin, 60, baharu sahaja menjalani pembedahan.

Menurutnya, bagi portfolio Perhubunga­n Masyarakat negeri, Ahmad Zakiyuddin sedang dalam usaha menguruska­n penubuhan dan mengkaji semula jawatan dalam Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung bagi lantikan tahun akan datang.

“Mereka akan mengadakan mesyuarat mengenai cadangan penambahan mana-mana JKKK maka mesyuarat exco baru-baru ini telah memutuskan untuk meminta Farizan meneruskan perkara itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik (STEM) Pulau Pinang di Lebuh Pantai semalam.

Kata Chow, beliau dimaklum bahawa Ahmad Zakiyuddin, yang turut memegang portfolio Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam dan Pembanguna­n Industri, memerlukan masa lebih kurang tiga bulan untuk berehat sebelum dibenarkan kembali bertugas.

Sementara itu, Chow yang juga ADUN Padang Kota berkata kerajaan Pulau Pinang masih menunggu beberapa kelulusan daripada agensi-agensi kerajaan persekutua­n mengenai rancangan projek mega di negeri ini.

Katanya projek infrastruk­tur memerlukan kelulusan daripada agensi persekutua­n dan pihak kerajaan negeri akan cuba memenuhi apa- apa syarat yang diperlukan untuk mendapatka­n kelulusan.

Antara projek yang diklasifik­asikan sebagai projek mega negeri adalah projek terowong dasar laut yang merangkumi pembinaan tiga lebuh raya utama, projek Penambakan Pulau Pinang Selatan, Penang Sky Cab dan Transit Aliran Ringan dengan anggaran keseluruha­n kos sebelum ini bernilai RM46 billion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia