Utusan Borneo (Sarawak)

MB pertimbang jadikan Nur Zulaikha Khumaira anak angkat negeri

-

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad sedia membantu Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, tujuh tahun, yang terputus lengannya dari paras bahu akibat kemalangan, untuk meneruskan rawatan dan kehidupan.

Dr Ahmad Samsuri berkata beliau sedia mempertimb­angkan cadangan untuk menjadikan Nur Zulaikha Khumaira sebagai anak angkat kerajaan negeri demi memastikan masa hadapannya terbela dan perkara itu akan dibincangk­an pada Mesyuarat Mingguan Exco Terengganu yang terdekat ini.

“Selain itu, kerajaan negeri akan memantau bentuk keperluan yang sesuai diberikan kepada Khumaira serta keluargany­a terutama dalam aspek pendidikan dan buat masa ini kita bersetuju untuk menaja kos rawatan Khumaira bagi mendapatka­n tangan palsu.

“Tiada siapa yang mahu- kan tragedi seperti ini berlaku, namun kita reda dengan ujian ini… saya difahamkan beliau boleh menggunaka­n tangan palsu, sudah tentu memerlukan latihan untuk membiasaka­n diri dan kita berdoa agar Khumaira terus tabah dalam meneruskan kehidupan,” katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak malang itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, semalam.

Sementara itu, ibu Nur Zulaikha Khumaira, Ro- hidayu Siup@ Yusof, 29, berkata mereka sekeluarga mengucapka­n terima kasih atas keprihatin­an Ahmad Samsuri dan Dr Dzulkefly yang sudi meluangkan masa menziarahi anaknya itu.

“Dalam kesibukan beliau menjalanka­n tugas sebagai pemimpin utama negeri, masih sempat datang ke sini bertanyaka­n khabar anak saya dan kami sekeluarga sangat menghargai kesediaan Kerajaan Negeri untuk menaja tangan palsu Khu- maira,” katanya.

Sebelum itu, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad yang sempat melawat kanakkanak itu pagi semalam ketika lawatan rasmi ke HSNZ berkata pihaknya juga akan bekerjasam­a dengan Kerajaan Negeri bagi membantu Nur Zulaikha Khumaira.

Semasa kejadian Khamis lepas, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Tasek, Marang itu terputus lengan kirinya hingga paras bahu akibat tersepit di rim motosikal dalam kemalangan di Kampung Binjai Bongkok, Marang.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu juga menyebabka­n Nur Khumaira mengalami kecederaan pada tengkuk dan tumit kaki sebelah kanan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila baju sejuk bersaiz orang dewasa ( milik ibunya) yang dipakai Khumaira tersangkut di rim motosikal yang ditunggang oleh sepupunya sebelum mangsa terjatuh dan tangan kirinya tersepit di rim berkenaan. — Bernama

Tiada siapa yang mahukan tragedi seperti ini berlaku, namun kita reda dengan ujian ini… saya difahamkan beliau boleh menggunaka­n tangan palsu, sudah tentu memerlukan latihan untuk membiasaka­n diri dan kita berdoa agar Khumaira terus tabah dalam meneruskan kehidupan.” Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Tengku Norashikin (tiga kanan) berkenan menyaksika­n simbolik penyerahan sumbangan pelbagai alat muzik oleh wakil kumpulan sokongan ibu bapa SPWinds Datuk Wan Jamaluddin Wan Abdul Malik (dua kanan) kepada Roslina selepas menyempurn­akan perasmian...
— Gambar Bernama ALBUM: Tengku Norashikin (tiga kanan) berkenan menyaksika­n simbolik penyerahan sumbangan pelbagai alat muzik oleh wakil kumpulan sokongan ibu bapa SPWinds Datuk Wan Jamaluddin Wan Abdul Malik (dua kanan) kepada Roslina selepas menyempurn­akan perasmian...
 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: Aziz (dua kiri) melawat Ismail (kiri) dan Rokiah yang hidup dalam kedaifan dan uzur ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Matang Paku, Jerlun semalam.
— Gambar Bernama PRIHATIN: Aziz (dua kiri) melawat Ismail (kiri) dan Rokiah yang hidup dalam kedaifan dan uzur ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Matang Paku, Jerlun semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia