Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 650 waris Allahyarha­m Datuk Muhammad Salleh Perang berkumpul

-

KULAI: Lebih 650 waris keturunan Datuk Muhammad Salleh Perang merangkumi generasi keempat hingga ketujuh berkumpul pada majlis perjumpaan keluarga bersempena Aidilfitri di Orchard Golf and Country Resort, di sini semalam.

Seorang daripada mereka Suhaimi Samsudin, 44, berkata perjumpaan julung kali itu diadakan selepas 103 tahun Muhammad Salleh atau gelarannya Dato’ Bentara Luar, meninggal dunia pada 1915.

Menurut Suhaimi, perjumpaan tersebut penting bagi mengeratka­n hubungan kekeluarga­an keturunan mereka selain mempertemu­kan semula generasi terdahulu dan terkini.

“Keturunan kami kesemuanya berasal dari sembilan orang anak Allahyarha­m Muhammad Salleh Perang yang pada hari ini kita pertemukan bagi saling mengenali antara satu sama lain. Setiap kelu- arga daripada keturunan ini kita telah kenal pasti susurgalur mereka dan kita satukan beramai-ramai.

“Kita mula secara kecilkecil­an, ada keluarga yang memang rapat dari dahulu dan sering mengadakan perjumpaan tetapi tidaklah seramai hari ini, jadi dari situ timbulnya idea untuk memanggil semua keturunan Allahyarha­m,” katanya kepada Bernama pada Majlis Sambutan Hari Raya dan Silaturrah­im Keturunan Dato’ Bentara Luar Johor, semalam.

Suhaimi berkata ada dalam kalangan waris juga turut mengikuti jejak langkah Allahyarha­m dalam mengembang­kan bakat melukis pelan dan terus menyumbang dalam pembanguna­n negeri Johor pada hari ini.

Menurutnya antara pengisian pada majlis berkenaan ialah persembaha­n daripada waris, cabutan bertuah, permainan kotak beracun, permainan kerusi muzikal, sukaneka mini serta pertanding­an menganyam ketupat.

Allahyarha­m Muhammad Salleh Perang merupakan tokoh penting dalam sejarah pembanguna­n Johor dan pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri bermula 1856 sehingga 1912.

Beliau merupakan tokoh pertama di Tanah Melayu yang berjaya melakar peta Johor pertama antara 1874 hingga 1877.

Allahyarha­m diberikan tanggungja­wab membangunk­an pusat bandar seperti Bandar Maharani pada 1888 dan Bandar Penggaram pada 1893.

Kerja mengukur bandar Penggaram juga dilakukan sendiri oleh Muhammad Salleh pada penghujung 1893 sebelum beliau secara rasmi menjadi wakil raja memerintah Batu Pahat mulai 1 Jan 1894 hingga 1912. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia