Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Johor komited tarik pelabur asing: MB

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor komited untuk terus menarik pelabur asing ke negeri ini yang dilihat mampu membuka lebih banyak jaringan kemudahan dan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata beliau telah bertemu dengan beberapa pelabur asing dari Perancis, Sri Lanka, China dan Jepun, baru-baru, ini yang menunjukka­n minat untuk melabur di negeri ini.

“Kita mahu lebih ramai pelabur baharu yang mempunyai sumber kewangan besar melabur di sini.

“Mereka bukan sahaja dapat menyediaka­n peluang pekerjaan tetapi juga menjadi sumber kewangan kita untuk membangunk­an infrastruk­tur, ekonomi dan juga kesihatan,” katanya berucap pada program rakyat dan ramah mesra bersama kaum India Johor, di sini, Sabtu malam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, S.Gopalakris­hnan.

Osman juga mengesyork­an kaum India di negeri ini yang memerlukan bantuan kewangan dalam bidang pendidikan supaya mendapatka­nnya melalui Insentif Harapan Siswa, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

“Kita sedar bahawa terdapat kaum India yang memerlukan bantuan seperti ini, permohonan ini sentiasa terbuka untuk mereka.

“Keutamaan juga akan diberikan kepada pelajar daripada keluarga B40. Setiap pelajar yang ditawarkan pengajian ijazah pertama akan diberi RM1,000 manakala RM500 pula bagi peringkat diploma,” katanya dengan menambah kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap keluhan masyarakat India yang kurang berkemampu­an untuk melanjutka­n pelajaran. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Orang ramai yang hadir mengambil peluang bergambar bersama Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Majlis Rumah Terbuka PPBM Johor di Taman Kempas Utama, Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Orang ramai yang hadir mengambil peluang bergambar bersama Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Majlis Rumah Terbuka PPBM Johor di Taman Kempas Utama, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia