Utusan Borneo (Sarawak)

Belia Johor diingatkan tidak memilih kerja

-

JOHOR BAHRU: Golongan belia di negeri ini diingatkan supaya tidak bersikap memilih pekerjaan sebaliknya berusaha menimba pengalaman sebaik mungkin dan menerokai bidang yang berpotensi dijadikan kerjaya.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata antara sebab utama penganggur­an dalam kalangan belia disebabkan sikap belia itu sendiri yang kurang jati diri dan ketahanan diri.

“Saya dimaklumka­n oleh beberapa syarikat dalam be- berapa siri lawatan baru-baru ini, bahawa kebanyakan generasi muda kini bekerja secara purata dalam tempoh dua tiga bulan sahaja dan kemudian mula tukar pekerjaan.

“Mereka (syarikat) bukan tidak mahu menawarkan pekerjaan kepada belia tempatan, tetapi sikap belia yang bekerja sekejap, terlalu memilih pekerjaan, inginkan gaji tinggi namun tiada pengalaman menjadi sebab generasi muda tidak mendapat pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Expo Hala Tuju Pendidikan dan Kerjaya selama dua hari bermula semalam di Maktab Sultan Abu Bakar, di sini, semalam.

Mohd Khuzzan berkata pihaknya akan mengadakan siri taklimat untuk golongan belia yang bertujuan memberi pendedahan tentang dunia sebenar pekerjaan.

“Saya bersama Yayasan Warisan Johor akan mengadakan siri jelajah taklimat yang dijangka pada September dan Oktober ini di mana kita akan bertemu dengan anak muda untuk memberi kefahaman, motivasi mengenai jati diri agar apabila mereka masuk ke dalam industri selepas ini, mereka akan mempunyai ketahanan diri dan itu yang paling penting kerana masa kini mereka tiada ketahanan diri,” katanya.

Menurut Mohd Khuzzan, beliau juga akan bekerjasam­a dengan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita Johor, Liow Chai Tung bagi mengadakan pertemuan bersama ibu bapa di kawasan luar bandar untuk membincang­kan hal berkaitan anak muda.

“Aspek padanan kerja juga memang berlaku dan saya mohon tempoh setahun dua untuk selesaikan masalah ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia