Utusan Borneo (Sarawak)

NGO gesa kerajaan Kedah kaji projek penyelengg­araan perparitan Mergong

-

ALOR SETAR: Pertubuhan Bantuan Bertindak Negeri Kedah (PBBNK) mengesa kerajaan negeri mengkaji semula Projek Penyelengg­araan Sistem Perparitan di Kawasan Perindustr­ian Mergong, di sini kerana ia tidak dapat menyelesai­kan masalah banjir kilat di kawasan itu.

Pengerusi PBBNK, Thana Chew Ne Meng berkata, projek itu juga perlu dihentikan segera bagi mengelak kerajaan terus menanggung kerugian dan proses penambahba­ikan dapat dilakukan semula pada kadar segera.

“Malah penggunaan ‘kok’ atau pembetung berbentuk ‘ V’ yang kecil dan tidak bertutup juga tidak sesuai kerana tidak mampu menampung air yang banyak, selain mudah mendap akibat tanah runtuh dan dikhuatiri akan menjadi projek sia-sia” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Lorong Perak 8, projek itu di sini, semalam.

Beliau mendakwa, walaupun masalah ini telah diajukan kepada pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) serta Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, kerajaan Tempatan dan Perumahan Tan Kok Yew, namun tiada tindakan dilakukan sehingga kini.

Thana berkata, projek yang bermula pada Jun lalu dilaksanak­an di dalam kawasan perkilanga­n yang padat turut menyukarka­n pergerakan kenderaan berat untuk keluar masuk dari kilang jika membabitka­n kerja- kerja pembinaan longkang di hadapan kilang mereka.

“PBBNK juga mencadangk­an satu mesyuarat koordinasi bersama pihak pengilang dan kontraktor terbabit diadakan bagi mencari jalan penyelesai­an terbaik agar projek ini dapat dilakukan dengan baik dan teratur serta tidak menjejaska­n kepentinga­n manamana pihak,” katanya.

Sementara itu, Tan ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu menahu berhubung masalah yang dihadapi projek penyelenga­raan sistem perparitan di situ sehinggala­h dimaklumka­n pihak media semalam.

Katanya, sesi lawatan ke tapak projek akan diadakan secepat mungkin bagi meli- hat sendiri projek berkenaan yang di dakwa menimbulka­n masalah kepada pengilang dan tidak akan menyelesai­kan masalah banjir kilat.

“Saya akan buat semakan terhadap laporan projek itu terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil, kita tak mahu sesuatu projek yang dirancang menjadi sia-sia dan tidak menyelesai­kan masalah rakyat dan pihak industri,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MASALAH BANJIR: Thana mengukur longkang yang dibina menggunaka­n kok bentuk ‘V’ yang kecil dan tidak mampu menyelesai­kan masalah banjir kilat yang sering berlaku di Kawasan Perindustr­ian Mergong semasa mengadakan lawatan di tapak projek di Lorong Perak...
— Gambar Bernama MASALAH BANJIR: Thana mengukur longkang yang dibina menggunaka­n kok bentuk ‘V’ yang kecil dan tidak mampu menyelesai­kan masalah banjir kilat yang sering berlaku di Kawasan Perindustr­ian Mergong semasa mengadakan lawatan di tapak projek di Lorong Perak...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia