Utusan Borneo (Sarawak)

Projek SBEZ yang dirancang kerajaan terdahulu diteruskan

-

KUBANG PASU: Pelaksanaa­n projek pembanguna­n Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam dekat sini yang dirancang kerajaan terdahulu dalam Bajet 2018 akan diteruskan Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah berkata ini kerana kerajaan PH mendapati projek itu mampu memberi pulangan positif kepada rakyat serta negara terutamany­a dapat mewujudkan pelbagai limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Syarikat pemaju yang bertanggun­gjawab melaksanak­an projek itu atas tanah berkeluasa­n 4,400 ekar (1,760 ha) ialah Northern Gateway Sdn Bhd yang merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MKD).

“Projek ini nanti akan dilaksanak­an secara berfasa iaitu dengan tujuh fasa, dan memerlukan tempoh lebih kurang 20 tahun untuk projek ini siap sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat berhubung projek itu daripada Ketua Pegawai Operasi (COO) Northern Gateway Sdn Bhd Razwin Sulairee Hasnan Termizi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Bukit Kayu Hitam dekat sini semalam.

Pada Januari lepas, bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjangkak­an pembanguna­n SBEZ mampu menyumbang antara RM30 bilion hingga RM40 bilion setahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dalam pembentang­an Bajet 2018, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n pembanguna­n SBEZ untuk melonjakka­n ekonomi di Wilayah Utara dengan nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM50 bilion.

Amiruddin berkata kawasan Bukit Kayu Hitam yang akan dibangunka­n sebagai SBEZ itu nanti akan menjadi pemangkin kepada kewujudan Kota Perdana seperti diimpikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2001 semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

“Apa yang dicetuskan oleh Tun pada 2001, sesuatu yang nampak jelas berlaku sekarang,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata rang undangunda­ng berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) akan dibentangk­an di Parlimen terlebih dahulu untuk membolehka­n cukai itu dilaksanak­an kepada rakyat yang dijangkaka­n bermula September ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia