Utusan Borneo (Sarawak)

Kane akui England harus tingkatkan lagi prestasi

-

SAINT PETERSBURG, Rusia: Kapten England, Harry Kane, mengakui pasukannya harus meningkatk­an lagi prestasi jika mahu terus membina dari pencapaian melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia selepas tewas penentuan tempat ketiga apabila kecundang 0- 2 kepada Belgium di sini Sabtu lepas.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu melangkah ke peringkat separuh akhir yang pertama England dalam tempoh 28 tahun tetapi kekalahan kedua pada kejohanan ini di tangan Belgium bermakna mereka sudah tewas tiga dari tujuh perlawanan di Piala Dunia 2018 Rusia.

“Apa yang pasti kami merapatkan jurang dengan pasukan terbaik dunia. Tetapi aksi hari ini dan beberapa perlawanan lain, masih ada ruang untuk peningkata­n,” kata Kane.

“Kami sudah berkata sebelum ini – kami seperti rencana yang belum siap, kami masih belajar dan masih mahu menjadi lebih bagus.

“Kami tidak mahu menunggu 20 tahun lagi untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan besar. Ini adalah satu tahap di mana kami harus kekal sekarang. Kami harus meningkat lebih bagus tetapi ia akan berlaku.”

Kane gagal menjaringk­an gol pada tiga perlawanan terakhir England di Rusia tetapi masih di landasan memenangi anugerah Kasut Emas selepas menjaringk­an enam gol ketika menentang Tunisia, Panama dan Colombia.

“Sememangny­a saya kecewa kerana saya tidak dapat menjaringk­an gol pada beberapa perlawanan terakhir,” kata penyerang kelab Tottenham Hotspur itu.

“Kadang- kadang ia berlaku dan kadang- kadang ia tidak. Tetapi jika saya memenangin­ya ( Kasut Emas), ia adalah sesuatu yang sangat membanggak­an.” — AFP

 ??  ?? KANE
KANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia