Utusan Borneo (Sarawak)

Lakar sejarah Grand Slam apabila menang selesa 6-3 dan 6-3 di final Wimbledon Sabtu lepas

-

LONDON, England: Angelique Kerber menjadi pemain wanita Jerman pertama memenangi kejuaraan Grand Slam Wimbledon dalam tempoh 22 tahun ketika pemain pilihan ke-11 kejohanan itu memusnahka­n impian Serena Williams untuk satu sejarah Grand Slam apabila menang selesa 6-3 dan 6-3 di final perseorang­an wanita Sabtu lepas.

Kerber menebus kekalahan kepada Williams di final 2016, dengan kemenangan dalam masa hanya 65 minit di Gelanggang Utama.

“Saya tahu saya terpaksa bermain di tahap terbaik menentang juara seperti Serena,” kata Kerber.

“Ia adalah peluang kedua saya bermain di final. Saya fikir saya pemain kedua selepas Steffi yang menang di sini. Ia cukup luar biasa.”

Williams berharap untuk menyamai rekod Margaret Court yang memenangi 24 kejuaraan perseorang­an Grand Slam dan memenangi kejuaraan Grand Slam buat kali pertama sebagai seorang ibu.

Pemain berusia 36 tahun itu, yang memenangi ke- juaraan Grand Slam terakhir di Terbuka Australia 2017, memulakan perlawanan sebagai pilihan juara, walaupun beliau hanya bermain pada kejohanan keempat selepas melahirkan anak pada bulan September tahun lepas.

Tetapi sebaliknya, Kerber, pemain ranking ke-10 dunia, mencipta kejutan besar dan menjadi juara wanita pertama dari Jerman di Wimbledon sejak Steffi Graf pada 1996.

“Ia sememangny­a mengecewak­an tetapi saya baharu bermula,” kata Williams selepas tewas di sini buat kali pertama sejak 2008 (tidak bermain pada 2017 kerana hamil).

“Untuk semua ibu di luar saya, saya bermain untuk anda. Saya benar- benar letih.”

Graf membantu Kerber kembali ke landasan di awal kariernya, jadi ia adalah sesuatu yang sangat istimewa di mana pemain berusia 30 tahun itu mengikuti jejak Graf di Wimbledon.

Kerber mengharung­i prestasi menurun teruk tahun lepas setelah memenangi kejuaraan Grand Slam di Terbuka Australia dan Terbuka Amerika (AS) pada 2016.

Tetapi, kembali ke ta- hap terbaik di permukaan rumput di Wimbledon, beliau memerlukan hanya 11 pukulan kemenangan dan satu pukulan servis kencang untuk menafikan peluang Serena, yang harus menyalahka­n dirinya sendiri kerana melakukan 24 kesilapan mudah berbanding hanya lima dilakukan Kerber.

Pada final pertama di Wimbledon sejak 41 tahun di mana dua pemain berusia 30 tahun atau lebih, Serena mendapat sokongan dari rakannya, Puteri Sussex, bintang legenda golf, Tiger Woods dan pelumba Formula Satu (F1), Lewis Hamilton.

Terpaksa menjalani beberapa pembedahan yang mengancam nyawanya selepas melahirkan anak perempuan, Olympia, Williams tidak dapat berjalan selama enam minggu dan sehingga ini, beliau masih dihantui tempoh sukar itu.

Memenangi kejuaraan Wimbledon bersama-sama Olympia di sini sepatutnya melengkapk­an satu kejayaan kembali ke kemuncak permainan.

Tetapi Serena memulakan permainan dengan buruk di mana beliau hilang banyak mata dari pukulan servis.

Bermain dua jam lebih lewat kerana perlawanan tertunda separuh akhir di antara Novak Djokovic dan Rafael Nadal, Serena kelihatan terjejas apabila memulakan permainan dengan cemas.

Beliau ada bangkit seketika tetapi ia tidak memberikan banyak impak dengan Kerber terus mengekalka­n rentak cemerlang dan tidak menoleh ke belakang lagi selepas mendahului 4-3. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DETIK BERSEJARAH: Kerber ceria selepas berjaya menjuarai kejohanan Wimbledon selepas menewaskan Serena pada aksi final di London, England kelmarin.
— Gambar AFP DETIK BERSEJARAH: Kerber ceria selepas berjaya menjuarai kejohanan Wimbledon selepas menewaskan Serena pada aksi final di London, England kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia