Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea sahkan Sarri sebagai pengganti Conte

-

LONDON, England: Chelsea akhirnya mengesahka­n Maurizio Sarri sebagai pengganti Antonio Conte sebagai pengurus baharu kelab untuk kontrak tiga tahun selepas rundingan sukar mengenai ngenai bayaran pampasan.

Bekas jurulatih h Napoli berusia 59 tahun itu menjadi pengurus sepenuh masa kesembilan dalam era Roman Abramovich – pemilik kelab – sepanjang g 15 tahun, kurang 24 jam selepas Conte dipecat pecat oleh kelab selepas membimbing Chelsea memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Piala FA Inggeris pada dua tahun di kelab.

Pengarah urusan kelab, Marina Granovskai­a berkata: “Kami berasa gembira untuk mengalu-alukan Maurizio dan tidak sabar untuk beliau membawa prinsip bola sepaknya ke Chelsea.”

Napoli dipercayai mendesak pampasan sekurang-kurangnya 4.5 juta pound untuk menamatkan kontrak Sarri ketika laporan di mana Sarri akan dibayar gaji 5.7 juta pound setahun. Beliau masih mempunyai kontrak di Napoli walaupun kelab telah melantik Carlo Ancelotti sebagai penggan penggantin­ya. Sa Sarri, bekas pegawai bank yang kuat w aml merokok, berkata beliau akan memulakan t tugas baharu “dan b bertemu pemain” h hari ini menjelang je jelajah pramusim kela lab ke Australia. “S “Saya berharap kami boleh mempamerka­n beberapa aksi bola sepak menarik kepada penyokong dan juga kami akan bersaing untuk trofi di akhir musim, sesuatu yang selayaknya untuk kelab ini,” kata beliau. Memenangi kejuaraan bagaimanap­un tidak menyelamat­kan tugas Conte dan beliau tidak berpeluang mengucapka­n selamat jalan kepada pemain sebaik sahaja diberitahu secara rasmi oleh pengerusi kelab, Bruce Buck petang Khamis sebaik sahaja pasukan meninggalk­an pusat latihan. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia