Utusan Borneo (Sarawak)

SEDC dan DGCC berharap SWAGC akan diterima baik

-

KUCHING: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Damai Golf and Country Club (DGCC) berharap Pertanding­an Golf Amatur Dunia Sarawak (SWAGC) akan diterima baik oleh para peserta terutama dari luar Sarawak dan luar negara.

Ini kerana acara ini boleh menarik pengunjung terutama pemain golf untuk datang ke sini bagi percutian golf bersama keluarga dan rakan.

“Oleh itu, kami berharap semua peserta SWAGC untuk menjadi duta dan membantu mempromosi­kan Sarawak sebagai destinasi percutian golf dan destinasi pelan- congan sukan yang baik,” kata Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Pengurus Besar SEDC Edwin Abit sempena majlis pelancaran SWAGC di sini, malam kelmarin.

Menurut Abdul Aziz, penganjura­n SWAGC turut mendapat sokongan dan bantuan daripada Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan kerana ia menjadi platform yang baik dalam mempromosi­kan negeri ini dalam jangka panjang.

“Kami memberi jaminan kepada Kerajaan Sarawak bahawa SEDC akan terus memainkan peranan dalam mempromosi­kan Sarawak sebagai destinasi pelanconga­n sukan yang baik di dunia,” katanya.

SWAGC dianjurkan oleh SEDC buat kali pertama di DGCC dari 24 hingga 26 Julai ini, yang bertujuan menawarkan acara pasukan yang menyeronok­kan dan pengalaman bermain golf yang berbeza kepada para peserta.

Turut hadir Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol, Pengurus Besar SEDC Soedirman Aini dan Pengurus Besar DGCC Roslan Mohamad Salleh.

 ??  ?? PELANCARAN: Edwin (dua kanan) bersama (dari kanan) Roslan, Abdullah dan tetamu lain pada pelancaran SWAGC di sebuah hotel di Kuching pada malam kelmarin.
PELANCARAN: Edwin (dua kanan) bersama (dari kanan) Roslan, Abdullah dan tetamu lain pada pelancaran SWAGC di sebuah hotel di Kuching pada malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia