Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan ZYZ FC muncul juara 722 Sarawak Unity Futsal Tournament 2018

-

KUCHING: ZYZ FC merangkul kejuaraan 722 Sarawak Unity Futsal Tournament 2018, yang julung kali dianjurkan sempena sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai ini.

Kemenangan ke atas pasukan KTT dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsun­g di Padang Merdeka di sini, semalam membolehka­n ZYZ FC membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala manakala KTT yang akur di tempat kedua menerima wang tunai RM2,500 berserta piala.

Manakala penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksika­n pasukan IPGKTAR menewaskan pasukan ESPA, yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan RM1,000 berserta piala.

Sementara itu, kejohanan yang turut mempertand­ingkan Liga Penalti, dimenangi pasukan WARIS yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500 manakala tempat kedua dan ketiga adalah pasukan FC Kokero dan We United B.

Hadir menyaksika­n dan seterusnya menyampaik­an hadiah kepada para pemenang adalah Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Kejohanan 722 Sarawak Unity Futsal Tournament 2018 yang bermula kelmarin (14 Julai) telah disertai sejumlah 32 pasukan, dengan para pemain dalam setiap pasukan harus daripada pelbagai kaum.

Ia juga merupakan antara lapan acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Sarawak bagi memeriahka­n sambutan Hari Sarawak di Kuching, selain perhimpuna­n Hari Sarawak, Unity Run, Unity Ride, pameran di Plaza Merdeka serta majlis kesyukuran di masjidmasj­id dan gereja-gereja.

Justeru, Hasidah menyifatka­n acara-acara yang diadakan itu telah menunjukka­n sambutan yang baik dan menggalakk­an daripada masyarakat khususnya di bandar raya ini.

“Ramai yang menyokong program ini dan saya merasakan masyarakat kita memang menunggu- nunggu untuk melibatkan diri dalam program dianjurkan Kerajaan Sarawak seperti ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia