Utusan Borneo (Sarawak)

‘Sacred Games’ siri asal bahasa India yang pertama Netflix

- Oleh Peter Hutchison

SIRI asal bahasa India yang pertama terbitan Netflix mengadakan tayangan perdana pada minggu lepas ketika gergasi striming Amerika Syarikat itu berebut dengan Amazon Prime untuk sebahagian daripada pasaran video atas permintaan yang pesat berkembang di negara tersebut.

‘‘Sacred Games’, yang diadaptasi­kan daripada novel Vikram Chandra pada 2006 dengan tajuk yang sama, dibintangi pelakon-pelakon hebat dari Bollywood, Nawazuddin Siddiqui, Saif Ali Khan dan Radhika Apte.

Penganalis­is berkata siri dunia gelap penuh aksi yang lasak itu dijangka akan menjadi penanda aras baharu bagi program internet terbitkan orang India ketika penyedia cuba mengambil kesempatan daripada jumlah pengguna telefon pintar yang semakin ramai di negara itu.

“‘Sacred Games’ mungkin kandungan berprofil paling tinggi yang pernah dibuat. Siri lain tidak dibuat pada skala yang sama,” kata Girish Menon, yang menjejaki media dan hiburan untuk KPMG, kepada AFP.

Hasil pendapatan dari industri striming hiburan di India dijangka sebanyak AS$823 juta menjelang 2022, naik daripada AS$297 juta pada 2017, menurut satu laporan Pricewater­houseCoope­rs yang dikeluarka­n pada bulan ini.

Netflix, yang disekat di China, melabur jutaan dolar di negara dengan jumlah penduduk kedua paling ramai di dunia itu untuk menarik pengguna muda yang mempunyai akses kepada data telefon bimbit murah dan selera bagi sesuatu yang berbeza.

“India menyaksika­n pelaburan terbesar dan terpantas dalam kandungan bagi manamana negara di mana kami telah mengadakan pelancaran,” kata Erik Barmack, naib preside filem antarabang­sa asal di Netflix.

‘Sacred Games’ juga merupakan satu taruhan bahawa kandungan India berkualiti tinggi akan terbukti popular di luar negara dan membentuk sebahagian daripada kempen Netflix di seluruh dunia untuk menghasilk­an program dalam banyak bahasa yang pelbagai, termasuk Sepanyol dan Jerman.

Siri lapan bahagian itu – yang difilemkan umumnya dalam bahasa Hindi – berkisar sekitar usaha pegawai polis Sartaj Singh, lakonan Khan, untuk menangkap ketua mafia Ganesh Gaitonde (Siddiqui).

‘Sacred Games’ merupakan pengeluara­n pertama bagi lapan siri India yang telah ditauliahk­an oleh Netflix.

Baru-baru ini, syarikat itu mengumumka­n ia akan mengadapta­sikan novel yang memenangi beberapa anugerah tulisan Salman Rushdie ‘Midnight’s Children’.

‘Selection Day’, berdasarka­n novel tulisan Aravind Adiga tentang kriket dan rasuah, juga dalam perancanga­n.

‘Sacred Games’ menyusuli filem bahasa Hindi ‘Love per Square Foot’ dan ‘Lust Stories’, koleksi empat filem pendek, yang keduaduany­a keluar menerusi Netflix pada tahun ini.

Amazon juga telah mengeluark­an beberapa kandungan asal India, termasuk drama jenayah ‘Breathe’ dan beberapa program komedi ‘stand-up’ yang berjaya.

Pakar berkata menerbitka­n program berkualiti tinggi dalam bahasa Hindi dan bahasa tempatan di India amat penting jika Netflix dan Amazon mahu mengejar pendahulu pasaran Hotstar.

“Kita perlu ada kandungan tempatan. Ia adalah jelas,” kata Frank D’Souza, seorang penganalis­is media dan hiburan bersama PwC di Mumbai, kepada AFP.

Hotstar mendominas­i landskap striming di India kerana katalog saluran filem dan hiburannya yang begitu besar milik Star India, kebanyakan­nya percuma untuk ditonton.

Ia turut strim secara langsung kriket dan bola sepak Liga Perdana Inggeris. Langganan tahunan bagi semua kandungan memakan kos 999 rupee (AS$14.55), sama seperti keahlian dalam Amazon Prime.

Langganan Netflix di India bermula pada 500 rupee sebulan, sesuatu yang menurut pakar kini membataska­n tarikannya kepada warga India yang kaya sahaja.

“Cabaran bagi Netflix ialah penunjuk harga mereka jauh lebih mahal berbanding sesiapa sahaja di luar sana. Ini bermakna saiz penggunany­a sangat kecil buat masa sekarang,” kata Menon.

Pasaran hiburan telefon bimbit di India merupakan pasaran yang sesak – pemain lain termasuk Eros Now, Jio TV dan ALTBalaji. Mengaut keuntungan adalah sukar kerana banyak platform menawarkan stok filem dan program TV yang sama.

Netflix dan Amazon telah menandatan­gani perjanjian masing-masing dengan dua bintang mega Bollywood, Shah Rukh Khan dan Salman Khan, untuk mendapatka­n hak ke atas filem-filem mereka, sekali gus memisahkan mereka daripada pesaing mereka.

Pemerhati industri juga menjangka dua saluran AS itu akan cuba mendapatka­n pelanggan dengan menghasilk­an kandungan yang lebih berani.

Penyedia media ‘over- the-top’ (OTT) di India, iaitu nama yang dikenali bagi laman striming, tidak tertakluk kepada lembaga penapisan negara yang terkenal kerana terlalu kolot dan kerap memotong adegan dari filem di panggung dan dalam TV.

“Kandungan yang muncul dalam televisyen sangat sama sekali. Ia biasanya cerekarama yang menyasari wanita. Kita boleh menjangkak­an kandungan ala zaman baharu yang lebih resah dan berbeza dalam platform OTT,” kata Menon dari KPMG.

Netflix, yang mempunyai 125 juta pelanggan di 190 buah negara, pasti berharap ‘Sacred Games’ dan drama lain dari India akan menjadi ‘hit’ seperti ‘Narcos’ dan ‘Stranger Things’.

“Netflix cuba mencipta kandungan asal yang dapat menjelajah ke seluruh dunia,” katanya. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia