Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang lagi paderi Chile terbabit dakwaan pedofilia

-

SANTIAGO: Seorang lagi paderi Chile telah digantung daripada tugas rasminya sebagai uskup agung Santiago bagi siasatan mengenai dakwaan pedofilia terhadapny­a, dalam skandal penderaan terbaharu yang melanda gereja Chile.

Paderi tersebut, Jorge Laplagne, yang mengetuai dua pariah di bahagian kediaman Santiago, dikatakan mendera seorang kanak- kanak 13 tahun lepas, menurut diosis dalam kenyataan ringkas yang dikeluarka­n lewat Jumaat.

Ketika siasatan sedang dilakukan bagi maksimum 60 hari Laplagne tidak akan dibenarkan untuk melakukan sebarang tugas umum di pariahnya San Crescente atau Nuestra Senora de Lujan, menurut kenyataan tersebut.

Diosis agung menyatakan ia telah menyiasat paderi pada 2010, namun bukti yang ada ketika itu adalah tidak mencukupi.

Ia tidak menyatakan apakah bukti yang mungkin telah muncul.

Kes baharu muncul hanya beberapa jam selepas paderi terkenal Oscar Munoz, 56, yang memegang jawatan kanan dalam diosis utama Santiago, ditempatka­n dalam tahanan pencegahan di bandar Rancagua, selatan ibu negara.

Dia dikatakan telah merogol atau mendera secara seksual lima kanakkanak antara 2002 dan tahun ini.

Beberapa mangsa telah dilaporkan sebagai ahli keluarga paderi terbabit.

Pada Januari, beberapa hari sebelum kunjungan Pope Francis, Munoz telah mengaku kepada pihak berkuasa gereja bahawa dia telah mendera secara seksual kanak-kanak bawah umur lalu serta-merta digantung daripada tugas.

Pendakwa raya telah membongkar salah laku itu ketika pihak polis merampas fail kes di gereja tersebut semasa satu operasi.

Pada Mei lepas, paus telah menerima peletakan jawatan lima orang biskop Chile.

Empat daripada lima orang itu dituduh bersikap tidak ambil kisah terhadap penderaan seksual atau cuba untuk menutupiny­a. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia