Utusan Borneo (Sarawak)

Twitter gantung dua akaun ada kaitan 12 warga Rusia

-

WASHINGTON: Rangkaian sosial Twitter kelmarin menggantun­g dua akaun dikaitkan dengan 12 perisik Rusia yang didakwa Penasihat Khas Robert Mueller kerana campur tangan dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) 2016.

Jumaat lepas, juri persekutua­n mendakwa 12 pegawai perisikan Rusia kerana menggodam rangkaian komputer Demokratik pada 2016 dalam tuduhan paling terperinci AS terhadap campur tangan Moscow dalam pilihan raya untuk membantu calon Republikan, Donald Trump.

Twitter berkata kelmarin di mana ia telah menggantun­g akaun @DCLeaks_ dan @ Guccifer_2 yang dinamakan dalam pendakwaan itu, yang didakwa melakukan konspirasi meluas melibatkan aktiviti menggodam dan mengeluark­an beberapa dokumen.

Pendakwaan difahamkan dilakukan dari sekitar Jun 2016 dengan tertuduh mengeluark­an puluhan ribu e-mel dan dokumen yang dicuri menggunaka­n akaun palsu termasuk ‘ DCLeaks’ and ‘Guccifer 2.0.’.”

Dalam satu kenyataan, jurucakap Twitter berkata: “Akaun-akaun ini telah digantung kerana terlibat dengan rangkaian akaun yang sebelum ini digantung kerana beroperasi melanggar peraturan kami.”

Pendakwaan Jumaat lepas adalah yang pertama oleh Mueller yang secara langsung mendakwa kerajaan Rusia campur tangan dalam pilihan raya, tetapi dinafikan oleh Kremlin.

Bercakap pada persidanga­n keselamata­n siber di Philadelph­ia kelmarin, Setiausaha Keselamata­n Dalam Negeri AS Kirstjen Nielsen berkata, pendakwaan membuktika­n AS tidak akan bertolak-ansur dengan campur tangan dalam proses demokrasi dan juga ada kesan di atas campur tangan asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia