Utusan Borneo (Sarawak)

Trump dijangka bertemu Ratu Elizabeth II

-

LONDON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau mahu bertanding semula pada pilihan raya 2020 kerana semua orang mahu beliau melakukann­ya dan juga tiada calon parti Demokrat yang boleh menewaskan­nya, menurut laporan akhbar The Mail semalam.

Ditanya oleh wartawan British, Piers Morgan dalam temu bual Jumaat lepas sama ada beliau akan bertanding jawatan presiden pada 2020, Trump dipetik akhbar The Mail sebagai berkata semalam: “Ya, saya mahu melakukann­ya. Ia kelihatan semua orang mahu saya bertanding.”

Trump berkata, beliau tidak melihat mana- mana anggota Demokrat boleh menewaskan­nya: “Saya tidak melihat sesiapa pun. Saya mengenali mereka semua dan saya tidak nampak mereka mampu menang.”

Sebelum meninggalk­an Britain untuk persidanga­n di Finland bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Trump melanggar protokol diraja dengan secara terbuka mendedahka­n perincian perbincang­an yang beliau ada dengan Ratu Elizabeth II mengenai kesukaran Brexit (England keluar dari Kesatuan Eropah).

Apabila ditanya jika beliau ada membimbang­kan isu Brexit dengan Ratu apabila bertemu untuk minum teh di Istana Windsor pada hari Jumaat, Trump berkata.

“Ya, ada. Baginda berkata ia adalah sesuatu dan saya boleh berkata baginda betul di mana ia adalah satu masalah yang sangat sukar. Saya fikir tiada siapa menyedari betapa sukarnya isu ini. Semua orang fikir ‘ia mudah, kami sertai atau tidak, atau lihat apa yang akan berlaku’.”

Ketika bercakap dengan Ratu Elizabeth, Trump dipetik sebagai berkata: “Baginda seorang wanita luar biasa, beliau masih cergas, sangat cantik. Apabila saya berkata cantik, ia dalaman dan luaran. Ia adalah kecantikan wanita.”

Ditanya jika Trump merasakan Ratu menyukainy­a, beliau berkata: “Apa pun, saya tidak mahu bercakap bagi pihak beliau tetapi saya boleh memberitah­u anda saya menyukainy­a. Jadi ia biasanya membantu tetapi saya benarbenar menyukai baginda.”

Semasakunj­ungankeEro­pah, Trump membangkit­kan kemarahan pakatan tentera NATO, menyelar Jerman kerana kebergantu­ngan kepada tenaga Rusia dan mengejutka­n orang ramai di Britain dengan secara terbuka mengkritik strategi Perdana Menteri Britain, Theresa May.

Trump kemudian meminta maaf kepada May di atas isu kritikan terbuka dengan menyalahka­n “berita palsu” dan sebaliknya berjanji perjanjian perdaganga­n dua hala dengan Britain selepas negara itu meninggalk­an Kesatuan Eropah (UE) pada Mac 2019.

Mengenai pertemuann­ya dengan Putin hari ini, Trump bagaimanap­un lebih berhati- hati mengeluark­an kata-kata.

“Saya fikir kami mungkin dapat serasi. Ada orang berkata adakah kami kawan atau sahabat? Saya berkata ia terlalu awal untuk berkata,” kata Trump.

“Sekarang saya berkata kami pesaing tetapi bagi Amerika Syarikat, dan sejujurnya UK dan tempat lain, untuk sehaluan dengan Rusia dan China dan semua tempat lain... ia adalah sesuatu yang bagus.”

 ?? — Gambar Reuters ?? LAWAT UK: Trump berjalan padang golf Ailsa di Trump Turnberry, pusat peranginan golf miliknya di Turnberry, barat daya Glasgow, Scotland kelmarin semasa sesi peribadi lawatan rasmi empat hari ke Britain. Kelihatan anggota polis bersenjata mengawal perimeter padang berkenaan.
— Gambar Reuters LAWAT UK: Trump berjalan padang golf Ailsa di Trump Turnberry, pusat peranginan golf miliknya di Turnberry, barat daya Glasgow, Scotland kelmarin semasa sesi peribadi lawatan rasmi empat hari ke Britain. Kelihatan anggota polis bersenjata mengawal perimeter padang berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia