Utusan Borneo (Sarawak)

Dagangan kontrak hadapan emas dijangka suram minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangka­n tidak menentu minggu ini, susulan sentimen pasaran lemah yang mengehadka­n potensi kenaikan harga, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Tee Guy Eon berkata logam berharga itu mungkin didagangka­n mendatar memandangk­an tiada perkembang­an atau berita ekonomi utama pada minggu ini.

“Namun, perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China akan terus menjadi tumpuan peniaga,” katanya.

Seorang lagi peniaga berkata emas Bursa Malaysia akan turut menjejaki niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) serta prestasi ringgit.

“Walaupun pasaran hadapan emas tempatan berke- mungkinan dipengaruh­i oleh sentimen dan kecenderun­gan niaga hadapan emas COMEX yang meningkat, namun ringgit yang dijangka mengukuh akan melemahkan permintaan terhadap kontrak hadapan emas kerana diurusniag­akan dalam mata wang tersebut,” kata peniaga.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, Julai 2018, Ogos 2018 dan September 2018 susut 30 mata masing-masing kepada RM162.50, RM162.70 dan RM163.00 segram dan Oktober 2018 jatuh 26 mata kepada RM163.20 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 11 lot bernilai RM179,490 daripada empat lot bernilai RM65,320 pada minggu sebelum ini, manakala kepentinga­n terbuka meningkat 29 kontrak berbanding 24 kontrak pada Jumaat sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia