Utusan Borneo (Sarawak)

Ringgit dijangka mengukuh kepada 4.0

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mengukuh kepada paras 4.0 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini disebabkan harga minyak yang semakin baik, kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan.

Beliau berkata sekiranya harga minyak terus meningkat, bukan sahaja ringgit malah mata wang lain akan turut mendapat lonjakan berikutan kedudukan minyak sebagai salah satu daripada sumber utama pendapatan negara.

Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) juga menjangkak­an ringgit mungkin mengukuh sedikit berbanding dolar AS dengan kemungkina­n pertikaian dagangan (AS-China) yang semakin reda dapat memulihkan selera pelabur terhadap risiko.

“Secara teknikal, USDMYR akan terus menunjukka­n kelemahan selepas gagal melepasi paras 4.0515 minggu ini (minggu lepas).

“Berikutan itu, kami kekal berpendapa­t bahawa sebarang penyusutan berband- ing kenaikan berturut-turut sebelum ini, masih ada dan berpotensi susut ke paras 4.0047 selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan.

HLIB juga menjangkak­an dolar AS berkemungk­inan susut minggu ini susulan perang perdaganga­n yang semakin lemah, manakala kekurangan data utama AS mungkin tidak mencukupi bagi menarik minat belian.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS kepada 4.0500/0530 berbanding 4.0380/0420.

Ringgit bagaimanap­un diniagakan tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9620/ 9651 daripada 2.9672/ 9712 Jumaat lepas dan menokok berbanding yen kepada 3.6006/6043 daripada 3.6497/6536 sebelumnya.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3189/ 3236 daripada 5.3419/3476 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7122/ 7161 daripada 4.7277/7340. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia