Utusan Borneo (Sarawak)

MSM dijangka diniagakan tidak menentu minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah ( MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka diniagakan tidak menentu minggu ini selepas data inventori menunjukka­n stok MSM meningkat 4.38 peratus kepada 1.22 juta tan.

Peniaga Kanan Interband Group of Companies Jim Teh bagaimanap­un ber- kata, perang perdaganga­n berterusan antara Amerika Syarikat dan China sebaliknya berkemungk­inan menyokong MSM memandangk­an China akan mendapatka­n alternatif kepada minyak kacang soya.

“Kita boleh menjangkak­an eksport meningkat ke China disebabkan alasan ini … dan sedikit kelemahan ringgit juga boleh merangsang eksport ke China, Asia Barat dan Pakistan,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, keadaan ini akan membantu mengurangk­an paras stok dengan harga MSM dijangka diniagakan antara RM2,100 dan RM2,200 satu tan minggu ini.

Minyak sawit adalah minyak makan paling sesuai dijadikan alternatif kepada minyak kacang soya.

Sementara itu, pasaran diniagakan secara bercampur-campur untuk minggu yang baharu berakhir.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Julai 2018 susut RM115 kepada RM2,140 satu tan, Ogos 2018 turun RM140 kepada RM2,124 satu tan, September 2018 turun RM119 kepada RM2,147 dan Oktober 2018 jatuh RM111 kepada RM2,159.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 244,123 lot berbanding 166,306 lot Jumaat lepas manakala kepentinga­n terbuka naik kepada 306,036 kontrak berbanding 284,975 kontrak.

Di pasaran fizikal, Julai Selatan berada pada RM2,180 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia