Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar jangka pendek kekal stabil

-

KUALA LUMPUR: CIMB Group meraih 12 anugerah pada Anugerah Kewangan Islam Asset Triple A 2018, termasuk Penasihat Sukuk Terbaik Asia Pasifik bagi tahun ketujuh berturut-turut.

Kumpulan perbankan itu turut menerima anugerah Bank Pelaburan Terbaik, Asia Pasifik untuk kali kesembilan sejak 10 tahun lepas.

Anugerah lain yang dirangkul adalah Urus Niaga Islam Terbaik bagi Indonesia, China, Kemboja dan Hong Kong.

Mengulas kejayaan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata pihaknya berbangga menerima anugerah yang merupakan hasil sokongan tidak berbelah bahagi pelanggan selain usaha konsisten kakitangan untuk menjadikan CIMB Group bank sebagai peneraju bank utama serantau.

“Ini terutamany­a kejayaan merangkul Urus Niaga Islam Terbaik bagi China dan Hong Kong yang mencermink­an kepakaran CIMB dalam aspek Syariah, merajui kedudukan dan rekod prestasi kukuh yang diiktiraf termasuk melangkaui sempadan ASEAN.

“Anugerah itu akan menyemarak­kan lagi semangat kami untuk terus memberikan yang terbaik dan menawarkan penyelesai­an sukuk paling inovatif yang bersesuaia­n dengan keunikan dana pelanggan dan keperluan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Anugerah Kewangan Islam Asset Triple A ialah salah satu industri paling berprestij di sektor Islam yang merupakan segmen paling pesat berkembang dalam kewangan dunia.

Ia turut dikendalik­an oleh The Asset iaitu kumpulan penerbitan kewangan utama di Asia Pasifik. — Bernama KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu ini dengan jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) menawarkan tender untuk menyerap lebihan dana daripada sistem pasaran wang, kata peniaga.

Bagi minggu yang baharu berakhir, purata kadar faedah semalaman kekal pada 3.19 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masingmasi­ng pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus.

Sementara itu, penanda aras Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur tiga bulan berada pada paras minggu lepas iaitu 3.69 peratus.

Pada minggu lepas, bank pusat itu campur tangan setiap hari untuk menyerap lebihan mudah tunai dengan menjalanka­n tender seperti tender pasaran wang konvension­al, tender Qard, tender pasaran wang lelongan matang, tender repo berbalik dan Bil Antara Bank BNM.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvension­al bagi minggu itu adalah rendah iaitu RM22.49 bilion berbanding RM29.37 bilion minggu sebelumnya manakala dalam sistem Islam ia susut kepada RM8.80 bilion daripada RM9.48 bilion, sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia