Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar aliran keluar dana modal semakin perlahan

-

KOLKATA: Seramai 20 pengamal media negara-negara anggota ASEAN yang menyertai Program Pertukaran Media ASEAN-India 2018, memulakan kunjungan mereka dengan melawat Pelabuhan Kolkata iaitu yang tertua di India.

Peserta itu termasuk pengamal media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), diberi taklimat mengenai operasi pelabuhan itu oleh Pengurus Trafik Yayasan Pelabuhan Kolkata, Kapten Himanshu Shekhar.

Himanshu berkata pelabuhan itu yang juga satu-satunya pelabuhan sungai di India dengan saliran terpanjang dalam kalangan pelabuhan utama di negara itu, turut mengenda- likan kira-kira 30 peratus jumlah kontena dagangan dengan negara-negara ASEAN.

Malah, pelabuhan itu adalah yang utama di kawasan (pentadbira­n) BritishInd­ia pada kurun ke-19.

“Pelabuhan Kolkata telah mencatat pertumbuha­n sebanyak 8.0-12 peratus dalam tempoh lima tahun lepas,” katanya pada sesi taklimat di pelabuhan itu, kelmarin.

Menurut Himanshu, Malaysia dan Singapura merupakan dua rakan dagang terbesar bagi pelabuhan berkenaan yang kini dalam proses menambah baik infrastruk­tur fizikal dan sistem kendalian kargo termasuk melipatgan­dakan kapasiti limbungan serta meningkatk­an bilangan dermaga kontena dengan kemudahan jentera.

Pelabuhan itu mempunyai dua sistem limbungan – Limbungan Kolkata di sini dan limbungan air dalam di Kompleks Limbungan Haldia yang menetapkan sasaran kendalian sejuta unit kontena bersamaan 20 kaki TEU bagi tahun kewangan semasa 2018-2019.

Menurutnya, Limbungan Kolkata pula menyasarka­n kendalian sejuta TEU trafik kontena menjelang 2020. “Kendalian kargo kontena di Limbungan Kolkata adalah kira-kira 640,000 TEU dalam tahun kewangan sebelumnya iaitu 2017-2018,” katanya.

Mengulas usaha perkongsia­n pengetahua­n antara pelabuhan Kolkata dan Malaysia, Himanshu berkata Pelabuhan Kolkata berhasrat melaksanak­an amalan yang dipraktikk­an oleh operasi pelabuhan di Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas.

Selain itu, selepas kunjungan ke pelabuhan itu, delegasi media berkenaan turut menyertai dialog bersama wakil Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India (ICC) iaitu satu-satunya dewan kebangsaan yang beroperasi dari Kolkata.

Dialog itu antara lainnya mengetenga­hkan peranan media bagi kemudahan perdaganga­n dan perniagaan antara India serta 10 negara anggota ASEAN berkenaan.

Delegasi itu turut mengunjung­i Institut Pengurusan Calcutta (IIMC) yang merupakan institut kebangsaan pertama bagi pendidikan lepasan ijazah dan penyelidik­an pengurusan oleh kerajaan India pada November 1961. — Bernama KUALA LUMPUR: Kebimbanga­n mengenai perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)China terus memberi tekanan kepada pasaran ekuiti Malaysia dan seiring dengan pergerakan pasaran saham global, namun keadaan itu kian positif apabila kadar aliran keluar dana modal itu kini semakin perlahan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd AfzanizamA­bdulRashid­berkata aliran keluar di pasaran ekuiti itu semakin berkuranga­n dengan kadar purata aliran keluar harian susut kepada kira-kira RM131 juta berbanding RM246 juta dalam bulan sebelumnya.

“Mungkin juga aliran keluar itu akan mencecah paras terendahny­a tidak lama lagi kerana pasaran ekuiti yang secara amnya dalam keadaan mencatat jualan berlebihan,” katanya kepada Bernama semalam.

Selainitu, mengulangi­pandangan sama, penganalis­is MIDF Amanah Investment Bank, Adam Mohamed Rahim berkata aliran keluar modal di Malaysia bagi minggu ini tidak termasuk Jumaat, berada pada RM474.8 juta berbanding RM704.3 juta pada minggu sebelumnya.

Pada Khamis lepas, penanda aras saham tempatan, FTSE Bursa Malaysia KLCI juga buat pertamakal­inyaditutu­pmelebihi paras 1,700 sejak 20 Jun, 2018.

Menurutnya, berbanding empat negara ASEAN yang dipantau oleh MIDF – Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia, keadaan di Malaysia merupakan aliran keluar kedua terendah iaitu sebanyak RM8.01 bilion (kira-kira AS$2 bilion) setakat tahun ini dan diatasi Filipina yang mencatat aliran keluar dana asing sebanyak AS$1.28 bilion setakat tahun ini.

“Thailand merupakan negara dengan jumlah aliran keluar dana asing tertinggi dalam kalangan pasaran ASEAN yang kami pantau dengan jumlah sehingga AS$6.11 bilion,” katanya.

Adam berkata, bagi minggu ini sahaja, Thailand adalah negara yang mencatat aliran keluar dana terbesar bernilai AS$158.8 juta manakala Indonesia menjadi satu-satunya negara dengan aliran masuk dana mingguan setakat ini bernilai AS$15 juta.

Beliau berkata, kebimbanga­n mengenai perang dagangan ASChina adalah penyebab utama kekalutan pasaran ekuiti dunia.

“Apabila pelabur menjadi tidak rasional, akan berlaku masalah atau keadaan yang menjejaska­n apa dilihat sebagai nilai saksama saham dengan asas-asasnya,” katanya.

Selainkebi­mbanganmen­genai perdaganga­n, beliau berkata faktor luaran lain yang mempengaru­hi sentimen pelabur asing minggu lepas adalah faktor geopolitik di Semenanjun­g Koreasusul­anSidangKe­muncak bersejarah antara Presiden Donald Trump dan Kim Jong-Un pada 12 Jun lepas.

Menurutnya, satu mesyuarat telah dijadualka­n antara AS dan Korea Utara pada Khamis bagi menyambung rundingan berhubung penghantar­an pulang mayat tentera AS yang terbunuh ketika Perang Korea namun pegawai Korea Utara sebaliknya gagal hadir.

“Ini mencetuska­n rasa kurang yakin dengan komitmen Korea Utara untuk melengkapk­an usaha pemansuhan nuklear di Semenanjun­g Korea sebagaiman­a dipersetuj­ui pada sidang kemuncak 12 Jun lepas,” katanya.

Bagi kemajuan masa depan, Adam berkata, trend aliran keluar dana asing daripada negara ini akan terus berlaku namun padakadarl­ebihterkaw­aldengan syarat tidak berlaku sebarang kejadian luar jangka seperti sekatan dagangan antara AS dan China.

“Kami percaya elemen utama yang mempengaru­hi pasaran ekuiti di seluruh dunia adalah pertikaian perdaganga­n yang berlanjuta­n antara AS dan China manakalamu­simpendapa­tankorpora­t Wall Street pula mungkin berperanan sebagai pemangkin positif,” katanya.

Menurut Adam, laporan terbaharu menunjukka­n AS dan China terbuka untuk rundingan perdaganga­n susulan reaksi balas yang disifatkan sebagai perkembang­an positif untuk pasaran di masa depan.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi MIDF Amanah Investment­BankDrKama­ruddin Mohd Nor berkata keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalka­n Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25 peratus pada akhir mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari baru-baru ini, adalah konsisten dengan jangkaan pendirian dasar bagi menyokong pertumbuha­n domestik serta kestabilan harga.

Menurutnya, langkah itu juga dilihat sebagai pilihan tepat walaupun wujud beberapa hujah bahawa bank pussat itu perlu menaikkan kadar itu bagi mengurangk­an aliran keluar modal.

“Aliran keluar modal yang kita lihat dalam beberapa bulan lepas adalah didorong oleh risiko sentimen di peringkat pasaran serantau dan bukannya hanya berlaku di Malaysia,” katanya.

Mengulas ringgit, beliau berkata unit tempatan itu dijangka diniagakan dalam jajaran antara paras 4.02 sehingga 4.05 berbanding dolar AS minggu depan, dipengaruh­i oleh perkembang­an membabitka­n ketegangan dagangan global serta harga minyak.

“Ringgit dijangka menjejaki rapat prestasi indeks dolar AS dan kekal diasak tekanan dan menyamai nasib mata wang serantau lainnya.

“(Sebarang) kenaikan kadar faedah yang lebih pantas dan di luar jangka oleh pihak Rizab Persekutua­n AS, pengukuhan dolar AS dan ketegangan pertikaian perdaganga­n akan terus memberi kesan terhadap ringgit,” katanya.

Seorang lagi ahli ekonomi berkata, pergerakan ringgit dalam tempoh beberapa minggu mendatang akan turut bergantung kepada pengumuman membabitka­n dasar di peringkat domestik dan luaran.

“Masih terlalu awal untuk menyatakan bahawa ringgit stabil. Malah BNM telah memberi sokongan terhadap ringgit sejak beberapa minggu lepas,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau sependapat dengan Kamaruddin bahawa usaha mengekalka­n OPR semasa adalah merupakan langkah yang tepat.

“Kita berdepan banyak ketidakten­tuan pada masa ini dan inflasi dijangka rendah berikutan keputusan dasar terbaharu ini. Keputusan mengekalka­nnya pada kadar 3.25 peratus adalah tindakan tepat,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pasaran kekal akan memberi reaksi terhadap sebarang pengumuman yang berkaitan dengan perang dagangan, keputusan kerajaan Malaysia untuk meneruskan beberapa projek mega berkemungk­inan turut memulihkan selera para pelabur.

“Pengumuman dasar itu baru-baru ini dilihat sebagai positif kepada syarikat tersenarai yang mungkin menarik minat terhadap pasaran Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia