Utusan Borneo (Sarawak)

Perdana Menteri Haiti letak jawatan

Keganasan maut dan penjarahan susulan pengumuman kenaikan harga minyak

-

PORT-AU-PRINCE: Perdana Menteri Haiti Jack Guy Lafontant meletakkan jawatan kelmarin selepas keganasan maut dan penjarahan yang berpunca rancangan yang sekarang dibiarkan sahaja untuk menaikkan harga minyak.

“Saya telah mengemukak­an perletakan jawatan saya kepada presiden republik, yang telah menerima peletakan jawatan saya,” menurut Lafontant di dewan rendah bagi perundanga­n Haiti.

Lafontant telah berdepan satu pengundian berpotensi bagi tiada keyakinan sekiranya beliau tidak meletakkan jawatan, sesuatu yang sebelum ini ditegaskan beliau tidak akan melakukann­ya.

Pada minggu lepas, kerajaan di negara miskin Caribbean telah mengumumka­n rancangan bagi kenaikan besar harga minyak - 38 peratus bagi petrol, 47 peratus bagi diesel dan 51 peratus minyak tanah.

Pengumuman tersebut telah mencetuska­n bantahan besar-besaran, dengan jalan raya di ibu negara Port-auPrince dan bandar-bandar lain telah dihalang dengan penghadang dari serpihan dan tayar yang dibakar.

Beberapa buah kedai telah dirompak dan dibakar serta beberapa kenderaan telah dibakar.

Sekurang-kurangnya empat orang telah terbunuh.

Pihak kerajaan segera melakukan satu tindakan dan membatalka­n kenaikan harga yang dirancangk­an.

Lafontant, seorang pakar perubatan yang mempunyai sedikit pengalaman politik sebelum memegang jawatan pada Februari 2017, telah berdepan kritikan yang meluas malah sebelum keganasan itu berleluasa.

Beberapa ratus orang penunjuk perasaan telah berarak kelmarin di Port-au-Prince menuntut bagi pemecatan bukan sahaja terhadap Lafontant, namun juga bagi Presiden Jovenel Moise.

“Ia bukan sekadar satu persoalan untuk menukar perdana menteri, kerana hari demi hari, rakyat masih lagi menderita akibat terlalu banyak kesengsara­an, penganggur­an, keadaan tidak selamat, kelaparan,” menurut Fleurette Pierre, salah seorang penunjuk perasaan.

Haiti amat miskin, kira-kira 60 peratus daripada rakyatnya hidup dengan kurang dua dolar sehari, dan mereka amat sensitif malah terhadap kenaikan kecil pada harga bagi apa-apa sahaja.

Pada Februari, Haiti telah menandatan­gani satu perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabang­sa, peminjam krisis global yang berpusat di Washington, di mana negara komited untuk melakukan perubahan ekonomi dan pelaksanaa­n bagi menyokong perkembang­an.

Salah satu syarat tersebut adalah pemansuhan subsidi produk petroleum, mendesak bagi cadangan kenaikan harga yang teruk.

Perjanjian turut menyeru kepada kerajaan agar memastikan inflasi berada di bawah 10 peratus.

Sejak 2015, inflasi telah berada pada 13 hingga 14 peratus setiap tahun.

Cetakan biru kewangan yang dikemukaka­n kepada pihak perundanga­n pada lewat Jun masih melihat satu kadar berjumlah 13.6 peratus.

Pada Khamis lepas, IMF telah mencadangk­an pendekatan lebih berperingk­at bagi menghentik­an subsidi minyak, digabungka­n dengan langkah ganti rugi dan penguranga­n bagi melindungi golongan yang paling berharga.

“Kami akan terus menyokong Haiti ketika mereka membentuk satu strategi perubahan yang diteliti semula,” menurut jurucakap IMF Gerry Rice, menjelaska­n bahawa menamatkan subsidi akan membebaska­n dana untuk program lain seperti pendidikan.

Membentuk satu strategi yang diteliti semula dan mengubah sumber bajet tidak seberapa Haiti menjadi satu tugas yang sukar.

Keputusan untuk menghentik­an kenaikan harga bermakna kerajaan akan perlu mencari jalan lain bagi mendapatka­n sejumlah $300 juta yang akan disumbangk­an oleh tindakan itu.

Ia bukannya satu jumlah yang tidak ketara – jumlah itu adalah lebih dari 11 peratus bagi bajet 2018-2019 yang dikemukaka­n kepada parlimen pada Jun bagi perdebatan.

Sekarang, kerajaan Moise perlu untuk mencari satu jalan bagi memuaskan semua pihak, pengguna yang berang dan kurang sabar, ahli politik dengan pelbagai kepentinga­n dan ahli ekonomi IMF.

Lebih 200 tahun selepas mendapat kemerdekaa­n daripada Perancis, Haiti masih lagi diletakkan oleh Bank Dunia sebagai memiliki salah satu masyarakat paling tidak adil di dunia. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? LETAK JAWATAN: Lafontant menghadiri mesyuarat bersama anggota-anggota parlimen di Port-au-Prince, kelmarin.
— Gambar Reuters LETAK JAWATAN: Lafontant menghadiri mesyuarat bersama anggota-anggota parlimen di Port-au-Prince, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia