Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK KAYA ASET

Perlu eksploitas­i kekayaan sungai, tanah untuk tingkatkan lagi kemajuanny­a.

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak perlu mengeksplo­itasi kekayaan aset yang dimilikiny­a seperti sungai dan tanah untuk meningkatk­an lagi kemajuan di negeri ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Sarawak memiliki tanah yang sangat luas untuk dibangunka­n berbanding populasi pendudukny­a yang kecil.

Manakala sungai katanya, merupakan aset terbaik yang boleh digunakan bagi banyak perkara seperti pengangkut­an, penjanaan kuasa dan banyak lagi.

“Daripada taklimat yang diberikan kepada saya, potensi Sarawak sangat terbuka luas dan ia bergantung kepada bagaimana anda menggunaka­n aset yang anda ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri taklimat pembanguna­n negeri di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Taklimat tersebut disampaika­n Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Terdahulu Dr Mahathir menyatakan rasa kagum beliau terhadap kemajuan yang dicapai Sarawak terutama di bandar raya Kuching.

Katanya, banyak perubahan dan pembanguna­n dicapai di Sarawak yang mana tidak hanya terhad di bandar raya Kuching tetapi juga tempat-tempat lain di negeri ini.

Malah katanya, Sarawak turut menyaksika­n pertumbuha­n industri yang memberangs­angkan disokong pelaburan asing ke negeri ini.

“Saya yakin ini boleh ditingkatk­an lagi dan ia bergantung kepada bagaimana Sarawak menggunaka­n aset yang mereka ada untuk tujuan ini,” katanya.

Ditanya mengenai hubungan antara Kerajaan Sarawak dan kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan, Dr Mahathir berkata ia adalah baik.

Beliau katanya telah bertemu beberapa kali dengan pemimpin Kerajaan Sarawak dan mendapati hubungan antara kedua-dua pihak adalah baik.

Dalam perkembang­an lain, Dr Mahathir turut mengesahka­n bahawa bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Dewan Rakyat akan bersidang buat pertama kalinya hari ini selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan membentuk kerajaan persekutua­n yang baharu.

 ?? — Gambar Tan Song Wei ?? TERIMA KASIH: Dr Mahathir (empat kanan) berjabat tangan dengan Abang Johari sebagai tanda terima kasih atas sambutan ringkas ulang tahun kelahiran beliau selepas taklimat di Wisma Bapa Malaysia semalam.
— Gambar Tan Song Wei TERIMA KASIH: Dr Mahathir (empat kanan) berjabat tangan dengan Abang Johari sebagai tanda terima kasih atas sambutan ringkas ulang tahun kelahiran beliau selepas taklimat di Wisma Bapa Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia