Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada niat rampas tanah

-

SIBU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas menasihati Pertubuhan Belia Dayak Sarawak (PEBEDAS) supaya tidak berpolitik.

Jelasnya, mengamalka­n budaya berpolitik dalam persatuan tidak menjamin sesebuah persatuan itu berjaya dalam mencapai matlamat, visi dan objektifny­a.

“Banyak persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan di negeri ini namun ia gagal menjalanka­n objektifny­a disebabkan ada unsur-unsur politik di dalamnya.

“Justeru, saya mahu PEBEDAS ini menjalanka­n peranannya mengikut objektif penubuhann­ya,” katanya ketika berucap menyempurn­akan Malam Ngiling Bidai PEBEDAS Cawangan Sibu 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah isterinya Datin Amar Doreen Mayang, ADUN Layar Gerald Rentap Jabu, ADUN Serembu Miro Simuh, ADUN Machan Allan Siden Gramong, tiga Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christophe­r Tegong, Petrus Igat Matthias serta Michael Tiang, Penasihat PEBEDAS Sibu Mejar Kehormat Alexander Kadir Dato, Presiden PEBEDAS Sarawak Alexander Frederick dan Pengerusi PEBEDAS Cawangan Sibu Joshua Jackson.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah menggesa PEBEDAS supaya membantu belia Dayak dari luar bandar yang datang berhijrah ke kawasan bandar.

Jelasnya, penghijrah­an be- lia ke kawasan bandar sering terjadi bagi mencari pekerjaan atau menyambung pelajaran mereka.

“Kita mendapati ramai golongan belia dari luar bandar berhijrah ke bandar-bandar seperti Sibu, Miri dan Kuching lalu mereka ini harus dibantu.

“Mereka yang baharu datang ke bandar, sudah semestinya mengalami kesulitan khususnya berkaitan masalah gaji yang kecil serta masalah tempat tinggal.

“Justeru, saya mahu PEBEDAS membantu golongan ini dengan berfikir bagaimana kita dapat membantu mereka,” tegas ADUN Bukit Saban itu.

Beliau berkata, PEBEDAS tidak perlu bimbang untuk berhubung dengan kerajaan kerana kerajaan memerlukan sokongan mereka atau idea dalam melaksanak­an apa-apa program yang berkaitan.

Uggah turut mengalualu­kan PEBEDAS sentiasa berhubung dengan pejabatnya bagi merancang program yang berkaitan dengan pertanian moden bagi dilaksanak­an di Sibu.

“Berbincang dahulu dengan penasihat anda sebelum berjumpa saya dan kemukakan cadangan apa yang patut kita laksanakan di sini.

“Dalam perkara pendidikan, saya juga mahu PEBEDAS berfikir cara membantu pelajar Dayak dengan mengadakan kelas tuisyen agar kita tidak ketinggala­n daripada orang lain,” tambahnya.

Pada majlis tersebut, Uggah turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM30,000 manakala Rentap, Miro dan Allan masing- masing RM5,000 kepada PEBEDAS Sibu.

 ??  ??
 ??  ?? DARIPADA KAMI: Joshua (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Uggah selepas menyempurn­akan Malam Ngiling Bidai PEBEDAS Cawangan Sibu, kelmarin.
DARIPADA KAMI: Joshua (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Uggah selepas menyempurn­akan Malam Ngiling Bidai PEBEDAS Cawangan Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia