BBHA giat tanam anak pokok buahbuahan di kawasan Bung Bratak
KUCHING: Para pegawai Persatuan Warisan Bung Bratak ( BBHA) sedang mempergiatkan penanaman anak pokok buah-buahan di seluruh kawasan Bung Bratak sejak 15 Julai lalu.
Menurut Pengerusi BBHA Datuk Peter Minos antara anak pokok yang ditanam pihaknya termasuk durian, kelapa dan buahan-buahan lain lain.
“Ia bagi menambah jumlah pokok durian dan langsat yang memang sudah sedia ada terdapat di sini.
“Sekiranya musim buah datang, kita akan mengadakan festival buah-buahan di Bung Bratak yang mana duriannya juga turut dikenali sebagai yang terbaik dari kawasan sekitar,” katanya selepas menanam benih buah di Bung Bratak kelmarin.
Pihak BBHA j uga tambahnya, baru- baru ini telah melantik seorang jurulandskap yang pakar dalam menghijaukan suasana dan landskap di BBHA.
BBHA sudah mempunyai identiti tersendiri dengan adanya inap desa, tempat pertemuan seminar dan mesyuarat namun mahu ia turut dikenali sebagai pusat hijau yang mempunyai landskap yang indah, ujarnya.
Justeru, beliau menyeru setiap lapisan masyarakat merasai rasa bertanggungjawab untuk menjaga, melindungi serta memelihara alam sekitar di Bung Bratak.
“Jangan mengharapkan kerajaan semata-mata untuk memelihara dan menjaga pokok, flora dan fauna, sungai, jeram, bukit atau gunung,” katanya.
Minos percaya Bung Bratak merupakan nadi kepada Kuching dalam membekalkan oksiden ditambah dengan kedudukan strategiknya yang berdekatan dengan bandar.
Pada masa yang sama dalam membina BBHA sebagai sebuah pusat tarikan sejarah dan ekopelancongan, pihak BBHA tidak mengganggu atau merosakkan sebarang ekosistem semula jadi yang terdapat di dalamnya.
BBHA cuma akan bertindak sebagai penjaga kepada bukit dan gunung yang mempunyai hutan primer itu di sini bersama Jabatan Hutan Sarawak.
Sebelum ini, sekumpulan pelajar universiti dari Australia telah berkhemah di sini untuk beberapa minggu dan menyatakan keseronokan yang teramat sangat berada di Bung Bratak.
Selepas siap sepenuhnya BBHA menjelang 1 Januari tahun depan, sekitar 100 pelajar Australia lagi akan datang dan tinggal di dalam hutan Bung Bratak untuk selama mana yang mereka mahukan.
Kita turut mengalukan kedatangan pengunjung dari negara luar, ujarnya.