Utusan Borneo (Sarawak)

MH17: Malaysia ulangi tekad dapat keadilan untuk mangsa

-

PUTRAJAYA: Malaysia tegas dalam usahanya mendapatka­n keadilan untuk mangsa penerbanga­n Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook.

Memandangk­an semalam merupakan ulang tahun keempat kejadian yang mengorbank­an kesemua 298 penumpang dan anak kapal MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine semasa dalam penerbanga­n dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Loke berkata tempoh 48 bulan ini pastinya suatu yang amat memeritkan bagi anggota keluarga mangsa.

“Kami tidak pernah goyah walaupun sehari dalam tekad mendapatka­n keadilan untuk mangsa tragedi malang ini kerana itu janji kita kepada keluarga dan waris pe- numpang serta anak kapal,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Loke mengulangi Malaysia menghargai pembentang­an oleh Pasukan Siasatan Bersama diketuai Belanda (JIT) pada 24 Mei lalu berhubung laporan terkini dan perkembang­an siasatan jenayah.

Selaku anggota JIT, beliau berkata Malaysia sekali lagi menzahirka­n penghargaa­nnya atas kerja keras anggota JIT yang berjaya membuahkan maklumat penting berhubung kejadian.

“Malaysia, secara konsisten telah menggesa serta menyokong proses siasatan yang telus, bebas dan lengkap.

“Justeru, ia mengulangi gesaan JIT agar orang ramai tampil membantu siasatan proses dan menyediaka­n bukti sokongan terhadap manusi yang terlibat secara langsung bagi mempertaha­nkan keadilan,” katanya.

Dalam kenyataan yang diisiarkan pada laman sesawangny­a 24 Mei lalu, JIT berkata pasukan itu yakin BUK TELAR digunakan untuk menjatuhka­n MH17 dan peluru berpandu itu berasal daripada Briged Peluru Berpandu Antipesawa­t ke-53, iaitu unit dalam tentera Rusia dari Kursk di Persekutua­n Rusia.

Loke menegaskan Malaysia dan anggota lain JIT tidak akan berehat selagi tragedi itu tidak diselesaik­an.

“Komitmen kami kepada keluarga dan waris kekal utuh kerana kami bersama-sama negara JIT akan terus mencari jawapan untuk membawa pelaku ke muka pengadilan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia