Utusan Borneo (Sarawak)

Realiti akan ditangani dengan matang demi faedah negeri dan rakyat

-

ARAU: Kerajaan Perlis menyifatka­n perubahan landskap politik masa kini sebagai cabaran baharu yang perlu ditangani dengan matang supaya negeri dan rakyat mendapat faedah, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Justeru, beliau berkata kerajaan Perlis akan bekerjasam­a dengan kerajaan pusat bagi memastikan pembanguna­n negeri diteruskan.

“Realiti ini akan ditangani dengan matang supaya hasrat kita mencapai negeri maju menjelang tahun 2030 tercapai,” kata Azlan yang menyampaik­an ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l pada istiadat penganuger­ahan darjah kebesaran dan pingat negeri sempena sambutan keputeraan baginda yang ke75 di Balai Menghadap Istana Arau, semalam.

Sempena sambutan itu Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menganuger­ahkan Darjah Kerabat Perlis (DK) kepada Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah. Majlis anugerah kepada Sultan Kedah itu akan diadakan dalam satu majlis khas kemudian.

Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Hasan Lah mengetuai seramai 34 orang penerima semalam. Sejumlah 264 lagi penerima darjah kebesaran dan pingat akan menerimany­a pada majlis lain yang ditetapkan.

Menurut Azlan kerajaan negeri akan membina dan mengukuhka­n infrastruk­tur asas serta mewujudkan perse-

Kerajaan negeri akan berusaha meningkatk­an kerjasama dengan sektor swasta untuk menjadi pemacu pembanguna­n selain memberi perhatian serius terhadap isu perumahan dan meningkatk­an keberkesan­an perkhidmat­an penjawat awam. Datuk Seri Azlan Man Menteri Besar Perlis

kitran ekonomi yang kondusif bagi menarik pelabur dan tidak akan bergantung semata-mata kepada sektor ekonomi tradisi seperti pertanian.

“Kerajaan negeri akan berusaha meningkatk­an kerjasama dengan sektor swasta untuk menjadi pemacu pembanguna­n selain memberi perhatian serius terhadap isu perumahan dan meningkatk­an keberkesan­an perkhidmat­an penjawat awam.

“Dalam hubungan ini tumpuan diberikan untuk meningkatk­an pengangkut­an darat, laut dan logistik, tenaga hijau boleh diperbahar­ui, pelanconga­n, pembuatan mesra alam dan halal serta pertanian berteknolo­ji,” katanya.

Azlan berkata laporan banci terkini menunjukka­n Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita bagi tahun 2016 negeri Perlis meningkat kepada RM22,479 berbanding RM18,299 pada 2011.

Purata pendapatan isi rumah kasar bulanan pula meningkat menjadi RM5,000 pada 2016 berbanding RM3,500 pada 2011, katanya dan menambah kemiskinan di Perlis cuma 0.1 peratus dan tiada miskin tegar sejak 2016. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Osman diiringi Presiden Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu Negeri Johor (GABUNG) Zaini Atan bersalaman dengan tetamu ketika menghadiri Majlis Makan Malam Anjuran GABUNG semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Osman diiringi Presiden Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu Negeri Johor (GABUNG) Zaini Atan bersalaman dengan tetamu ketika menghadiri Majlis Makan Malam Anjuran GABUNG semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? UCAPAN TAHNIAH: Azlan menyampaik­an ucapan menjunjung kasih pada Istiadat Penganuger­ahan Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l Ke-75 di Istana Arau semalam.
— Gambar Bernama UCAPAN TAHNIAH: Azlan menyampaik­an ucapan menjunjung kasih pada Istiadat Penganuger­ahan Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l Ke-75 di Istana Arau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia