RT13 FT muncul juara Bola Sepak 7 Sebelah
SIBU: Pasukan RT13 FT muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah yang menamatkan siri pertama di Padang Penjara Sibu, petang kelmarin.
Kemenangan itu membolehkan RT13 FT menjulang piala Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Siri Piala Cabaran Nangka 2018 serta membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500.
Manakala tempat kedua dimenangi Red Rageous membawa pulang wang tunai RM1,000, diikuti V8-CSA dan AWAKAS B berkongsi tempat ketiga masing-masing membawa pulang RM250.
Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah berlangsung pada 14 dan 15 Julai lalu berjaya menarik penyertaan 20 pasukan dari seluruh Sarawak.
Kejayaan keempat-empat pasukan menduduki empat tangga teratas membolehkan mereka mara ke peringkat akhir yang dijadualkan bermula dari November hingga Disember depan.
Sebanyak 16 pasukan akan bersaing dalam perlawanan akhir.
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapa’ee.
Sementara itu, pertandingan untuk futsal, bola sepak 7 sebelah, boling dan sepak takraw diadakan setiap bulan pada hujung minggu hingga Oktober.
Piala cabaran itu merupakan anjuran bersama Sekretariat Sosial Budaya Sukan dan Perpaduan Nangka (SSBSPN), Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersama (PBB) Sibu dan Pusat Khidmat DUN Nangka.
Pasukan berminat mengambil bahagian acara dipertandingkan boleh hubungi Junaidi Ahmad (0138122408) atau Khuswandy Panyarang ( 016- 9258367) acara bola sepak 7 sebelah, Osman Yusuf (019-4682523) dan Freddie Chua ( 0138010034) acara boling, Edmund Chua (016-5892883) dan Idris Alphonso De Rozario (013-8115996) untuk acara sepak takraw.