Ibu disabit tidak waras bunuh dua anak di Texas
AUSTIN: Bekas isteri kepada seorang pemain piano konsert terkenal kelahiran Ukraine didapati tidak bersalah atas dasar hilang kewarasan atas pembunuhan dua anak perempuan mereka yang masih kecil pada 2016 di kediaman mereka di Texas.
Pihak hakim yang mendengar kes telah mengarahkan tertuduh dimasukkan ke hospital mental negara.
Keputusan itu yang diterima pihak pendakwa raya dan peguam bela, menamatkan perbicaraan tiga setengah jam di mana kedua-dua pihak mengemukakan keterangan dalam bentuk bertulis kepada Hakim Ruben Gonzalez, menurut Samantha Jordan, jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Daerah Tarrant.
Sofya Tsygankova, 34, bekas isteri pemain piano Vadym Kholodenko, didakwa atas pembunuhan berat yang boleh membawa kepada hukuman mati, atas kematian anak perempuan mereka Nika, 5, dan Michela, 1, pada Mac 2016.
Pihak polis menyatakan tertuduh melemaskan budakbudak terbabit dengan bantal sebelum cuba membunuh diri di dalam rumah mereka di subbandar Fort Worth.
Selepas insiden itu, Tsygankova dibawa ke hospital kerana kecederaan akibat mengelar dirinya sendiri dengan pisau, menurut laporan polis.
Di bawah undang-undang Texas, seseorang yang tidak memahami tindakan mereka sebagai salah disebabkan oleh penyakit mental yang teruk tidak boleh disabitkan, Pendakwa Raya Daerah Tarrant County Sharen Wilson berkata, “Dalam kes ini, keputusan tidak bersalah atas sebab tidak waras adalah betul di bawah fakta tersebut, dan ia adalah apa yang keadilan inginkan.”
Kholodenko mengetahui tentang pembunuhan itu ketika pergi menjemput anakanaknya di rumah isterinya, menurut laporan polis.
Pemain piano itu menemui Tsygankova di dalam almari di bilik tidur, memakai pakaian tidur yang penuh kesan darah dan luka pada pergelangan tangannya serta satu luka kelaran pada bahagian dadanya, menurut rekod.
Kholodenko dann Tsygankova berkahwin pada 2010 namun memfailkan perceraian kira-kira lima tahun kemudian, menurut rekod mahkamah.
Pada 2013, Kholodenko memeangi pingat emas dalam Pertandingan Piano Atarabangsa Van Cliburn yang berprestij.
Beliau menjadi seorang artis tetap dengan Fort Worth Symphony Orchestra.
Pada November 2016, Tsygankova disahkan tidak sihat untuk dihadapkan dalam perbicaraan dan diarah menjalani rawatan psikiatri.
Pakar psikiatri pihak pembelaan mendapati defendan mengalami masalah kemurungan teruk, tempoh kegelisahan dan kemudia halusinasi visual dan pendengaran, lapor Fort Worth Star-Telegram dari mahkamah.
Kemasukannya ke hospital mental tidak diketahui tempohnya kerana penilaian kesihatan mental secara berperingkat akan melihat situasinya, katanya lanjut.
“Mungkin masa sepanjang hidupnya, mungkin juga 10 tahun,” menurut Jordan. — Reuters