Labuan IBFC catat pertumbuhan positif dalam sektor insurans
KUALA LUMPUR: Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) terus memenuhi keperluan insurans yang berkembang pesat di rantau ini, dengan premium bertulis kasar meningkat sebanyak 2.2 peratus kepada AS$1.4 bilion.
Daripada AS$ 1.4 bilion itu, sebanyak 63.2 peratus di Labuan, didorong oleh insurans semula am dan premium kaptif, masing-masing berjumlah AS$943 juta dan AS$361 juta.
“Pada 2017, terdapat 14 insurans dan struktur baharu berkaitan insurans di Labuan IBFC,” katanya dalam kenyataan semalam.
Sumbangan daripada perniagaan asing meningkat kepada 60.9 peratus dan ia kekal sebagai sebahagian besar daripada bahagian perniagaan sektor insurans di Labuan.
Insurans risiko kebakaran mengekalkan dominasinya dengan 36.7 peratus daripada jumlah premium.
“Margin yang ditaja jamin susut kepada AS$491.9 juta susulan peningkatan tuntutan berkaitan bencana pada tahun ini, yang membawa kepada tuntutan secara keseluruhan meningkat daripada 35.2 peratus kepada 63.5 peratus.
“Sehubungan itu, keuntungan industri secara keseluruhan adalah sederhana kepada AS$ 170 juta pada 2017 berbanding AS$387.3 juta pada tahun sebelumnya,” katanya.
Walaupun demikian, kedudukan kewangan sektor insurans di Labuan kekal baik dan stabil dengan margin kesolvenan yang kukuh lima kali melebihi keperluan pengawalseliaan, katanya. — Bernama