Utusan Borneo (Sarawak)

SK TATAU LANCAR PROGRAM TRANSFORMA­SI SEKOLAH 2025

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

PENEKANAN kepada usaha untuk memantapka­n kemenjadia­n murid sedang dilaksanak­an oleh sekolah-sekolah di Tatau yang antaranya melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau yang melancarka­n Program Transforma­si Sekolah 2025 di dewan sekolah itu baru-baru ini.

Pelancaran­nya disempurna­kan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Mahmud Karim dan dihadiri oleh Ketua Unit Kurikulum

Pejabat Pendidikan Daerah Tatau Florence Tampang, Ketua Jabatan Pengurusan Kurikulum Institut Aminudin Baki (IAB) Cawangan Sarawak Samen Sanggod, Guru Besar SK Tatau

Janudin Ab Rahman, Penolong Pegawai Daerah Tatau Mohd Dino Amid, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tatau Danielson Tajak dan Pegawai Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bintulu Muhd Safwan Abdullah.

Majlis itu turut dihadiri ketua-ketua masyarakat, ibu bapa dan 500 murid sekolah terbabit selain kakitangan SK Tatau.

Dalam pada itu Mahmud berkata, kemenjadia­n murid adalah elemen penting Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi membentuk murid yang berpengeta­huan, berkemahir­an

memimpin, berkemahir­an berfikir, berkemahir­an dwi bahasa, mempunyai nilai dan etika yang baik serta mempunyai semangat nasional yang tinggi.

Beliau memuji masyarakat setempat termasuk ibu bapa yang menyokong program itu yang pastinya akan mampu mencapai kejayaan untuk muridmurid sebagai pemimpin

pelapis serta menjadi rakyat yang baik dan berintegri­ti pada masa hadapan.

Katanya, guru-guru juga diseru memberikan komitmen sepenuhnya ketika mengajar, berfikiran kreatif dalam proses pembelajar­an dan pengajaran serta melaksanak­an

cara pengajaran yang menyeronok­kan untuk memastikan muridmurid mampu mencapai kejayaan cemerlang.

Pada majlis sama turut diadakan sambutan Gawai Raya di dewan berkenaan dengan para tetamu dihidangka­n dengan pelbagai juadah.

 ??  ??
 ??  ?? POSE ISTIMEWA: Guru-guru SK Tatau yang berada di bahagian pameran sekolah merakamkan pose istimewa.
POSE ISTIMEWA: Guru-guru SK Tatau yang berada di bahagian pameran sekolah merakamkan pose istimewa.
 ??  ?? DUIT RAYA: Mahmud (empat kiri) menyampaik­an duit raya kepada murid-murid yatim dan kurang berkemampu­an.
DUIT RAYA: Mahmud (empat kiri) menyampaik­an duit raya kepada murid-murid yatim dan kurang berkemampu­an.
 ??  ?? TERCANTIK: Samen (lima kiri) menyampaik­an hadiah kepada guru yang meraih anugerah pakaian tercantik Hari Raya sambil disaksi Mahmud (empat kiri), Janudin (tiga kanan) dan tetamu lain.
TERCANTIK: Samen (lima kiri) menyampaik­an hadiah kepada guru yang meraih anugerah pakaian tercantik Hari Raya sambil disaksi Mahmud (empat kiri), Janudin (tiga kanan) dan tetamu lain.
 ??  ?? DILANCAR: Mahmud (tengah), Janudin (dua kanan) serta tetamu lain melancarka­n Program Transforma­si Sekolah 2025 di SK Tatau.
DILANCAR: Mahmud (tengah), Janudin (dua kanan) serta tetamu lain melancarka­n Program Transforma­si Sekolah 2025 di SK Tatau.
 ??  ?? SIMBOLIK: Mahmud bersama Janudin (tengah) menyalakan sumbu meriam buluh simbolik sambutan perayaan Gawai Raya.
SIMBOLIK: Mahmud bersama Janudin (tengah) menyalakan sumbu meriam buluh simbolik sambutan perayaan Gawai Raya.
 ??  ?? PELBAGAI KAUM: Pelancaran Program Transforma­si Sekolah 2025 dan Gawai Raya SK Tatau dihadiri pelbagai kaum.
PELBAGAI KAUM: Pelancaran Program Transforma­si Sekolah 2025 dan Gawai Raya SK Tatau dihadiri pelbagai kaum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia