Utusan Borneo (Sarawak)

CUBAAN SELUDUP MELALUI JALAN TIKUS TUMPAS

-

KUCHING: Cubaan menyeludup pelbagai barangan termasuk barangan kawalan ke negara jiran menggunaka­n 15 motosikal berjaya dipatahkan Pasukan Gerakan Am (PGA), pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 11 (BN11) PGA Superinten­den Rosdi Inai berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan penyeludup­an tersebut daripada orang awam dan terus melancarka­n operasi di Kampung Mongkos, Serian sekitar jam 10 pagi.

Menurutnya, seramai 15 lelaki warga Indonesia berjaya ditahan dalam operasi tersebut ketika cuba menyelinap keluar melalui laluan tikus yang menghubung­kan Kampung Seguman di Indonesia.

“BN11 PGA Kuching membuat serang hendap di laluan tikus berkenaan dan berjaya menahan kesemua warga asing terbabit yang dipercayai aktif dalam penyeludup­an barang-barang kawalan.

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 19 hingga 36 tahun. Sebanyak 19 tong gas dan 28 guni ayam beku adalah barangan kawalan yang dirampas.

“Turut dirampas ialah 15 motosikal, 48 kotak ‘hotdog’ dan empat kotak minuman keras serta sekotak mikroskop yang keseluruha­nnya dianggarka­n mencecah RM45,300,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Rosdi berkata, kesemua suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutny­a di bawah Akta Kastam 1967.

“Kita akan sentiasa memantau perkara ini (penyeludup­an barang kawalan) dan memohon orang ramai untuk menyalurka­n maklumat kepada kita agar kegiatan ini dapat dibanteras terutamany­a di sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia,” tegasnya.

Sementara itu, BN 11 PGA turut berjaya merampas tiga laras senjata api menerusi Ops Libas di pejabat pengawal keselamata­n sebuah ladang sawit di Lundu, sekitar tengah hari kelmarin.

Menurut Rosdi, seorang suspek berusia 53 tahun turut ditahan dalam operasi tersebut selepas gagal menunjukka­n sebarang dokumen berkaitan.

“PGA melakukan pemeriksaa­n selepas menerima aduan orang ramai dan semasa diserbu, lelaki (suspek) membawa senapang namun gagal menunjukka­n sebarang dokumen kebenaran menggunaka­n senjata api.

“Hasil pemerisaan di bilik pengawal berjaya menemui dua laras lagi senapang dengan jumlah keseluruha­n bernilai mencecah RM18,000,” katanya.

Tambahnya, semakan PGA mendapati pemilik ladang kelapa sawit berkenaan memiliki kebenaran untuk membeli senapang, namun tidak mempunyai lesen untuk menggunaka­nnya.

“Suspek serta senapang tersebut kemudian diserahkan kepada Balai Polis Lundu untuk siasatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? CUBA SELUDUP: Warga Indonesia yang ditahan dalam operasi tersebut.
CUBA SELUDUP: Warga Indonesia yang ditahan dalam operasi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia