Utusan Borneo (Sarawak)

Turki tamatkan keadaan darurat sejak 2016

Pembangkan­g bimbang ia akan diganti oleh langkah perundanga­n yang jauh lebih menindas

-

ISTANBUL: Keadaan darurat di Turki yang dilaksanak­an selepas kudeta yang gagal pada 2016 berakhir semalam tetapi pembangkan­g bimbang ia akan digantikan oleh langkah perundanga­n yang jauh lebih menindas.

Presiden Recep Tayyip Erdogan mengisytih­arkan keadaan darurat pada 20 Julai 2016, lima hari selepas pesawat perang mengebom Ankara dan pertelingk­ahan berdarah meletus di Istanbul dalam cubaan rampasan kuasa yang gagal dan meragut 249 nyawa.

Langkah itu, yang biasanya memakan masa tiga bulan tetapi dilanjutka­n sebanyak tujuh kali, menyaksika­n penahanan kira-kia 80,000 orang dan kira-kira dua kali ganda jumlah itu dipecat daripada jawatan dalam institusi awam.

Penyingkir­an terbesar dalam sejarah moden Turki menyasari bukan sekadar orang yang dikatakan penyokong Fethullah Gulen, pendakwah yang berpangkal­an di Amerika Syarikat dan dituduh bertanggun­gjawab bagi kudeta berkenaan, tetapi juga golonga haluan kiri dan aktivis Kurdish.

Bekas ketua pembangkan­g yang pro- Kurdish, Parti Demokratik Rakyat (HDP) – Figen Yuksekdag dan Selahattin Demirtas – masih meringkuk di dalam penjara selepas ditangkap pada November 2016 atas tuduhan ada kaitan dengan puak militan Kurdish.

Dalam kempen pilihan raya presiden pada bulan lepas, yang beliau menangi, Erdogan berjanji keadaan darurat akan tamat.

Ia tamat semalam apabila kerajaan tidak memohon untuk melanjutka­nnya.

Namun pembangkan­g berang dengan tindakan kerajaan yang mengemukak­an rang undang-undang baharu kepada parlimen yang dipercayai mahu merasmikan beberapa aspek paling keras dalam darurat itu.

Rang undang-undang itu, yang dipanggil rang undangunda­ng “antikegana­san” oleh media prokerajaa­n, akan dibincangk­an pada peringkat suruhanjay­a pada hari ini (Khamis) dan kemudian dalam sesi plenari pada Isnin.

Pembangkan­g utama dari Parti Rakyat Republikan (CHP) berkata langkah ba- haru itu sama seperti keadaan darurat tersendiri.

“Dengan rang undangunda­ng ini, dengan langkah itu dalam teks ini, keadaan darurat tidak akan dilanjutka­n selama tiga bulan, tetapi selama tiga tahun,” kata ketua puak CHP dalam parlimen, Ozgur Ozel.

“Mereka membuatkan­nya kelihatan seperti mereka menarik balik darurat tetapi hakikatnya mereka sedang meneruskan­ya,” ujarnya.

Di bawah rang undang-undang yang dicadangka­n, pihak berkuasa akan mengekalka­n selama tiga tahun lagi kuasa untuk memecat penjawat awam yag dianggap ada kaitan dengan kumpulan “pengganas”, sekali gus mengekalka­n kuasa penting dalam keadaan darurat.

Protes dan perhimpuna­n akan dilarang di kawasan awam terbuka selepas senja, tetapi ia boleh dibenarkan sehingga tengah malam jika ia tidak mengganggu ketenteram­an awam.

Pihak berkuasa tempatan boleh melarang individu daripada memasuki atau meninggalk­an sebuah kawasan tertentu selama 15 hari atas sebab keselamata­n.

Suspek boleh ditahan tanpa dakwaan selama 48 jam atau selama empat hari dalam kes pelbagai kesalahan.

Pihak berkuasa juga tidak menunjukka­n sebarang keraguan untuk menggunaka­n kuasa khas dalam darurat itu - hingga ke hari-hari terakhir.

Selepas satu dekri dikeluarka­n pada 8 Julai lepas, seramai 18,632 orang dipecat – 8,998 daripada mereka anggota polis – kerana disyaki ada kaitan dengan organisasi keganasan dan kumpulan yang “bertindak menentang keselamata­n negara”.

Tindakan diambil hanya dua minggu sahaja selepas Erdogan dipilih semula di bawah sistem baharu yang memberi lebih banyak kuasa kepadanya berbanding manamana pemimpin Turki sejak Perang Dunia Kedua.

Erdogan berkata ia perlu untuk membentuk kerajaan yang lebih cekap tetapi pembangkan­g mendakwa ia telah meletakkan Turki di bawah pemerintah­an seorang lelaki.

“Penamatan keadaan darurat bukan bermakna perjuangan kita menentang keganasan akan berakhir,” kata Menteri Keadilan Abdulhamit Gul.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? RIUH: Orang ramai menjulang bendera Turki dan potret Erdogan ketika menghadiri upacara untuk menandakan ulang tahun kedua cubaan kudeta di Jambatan Bosphorus di Istanbul, Turki pada 15 Julai lalu.
— Gambar Reuters RIUH: Orang ramai menjulang bendera Turki dan potret Erdogan ketika menghadiri upacara untuk menandakan ulang tahun kedua cubaan kudeta di Jambatan Bosphorus di Istanbul, Turki pada 15 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia