Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan bangunkan empat Taman Agro

Dua di Sarikei, satu di Samarahan, satu di Saribas untuk galak belia di negeri ini menceburi bidang pertanian

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membangunk­an empat Taman Agro iaitu dua di Sarikei, satu di Samarahan dan satu lagi di Saribas untuk menggalakk­an belia di negeri ini menceburi bidang pertanian.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Taman Agro tersebut adalah sebagai tambahan kepada model pembanguna­n Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) yang telah melahirkan ramai petani moden belia yang berjaya.

“Pelbagai bentuk bantuan dan insentif turut disediakan seperti pajakan lot pertanian untuk pengeluara­n makanan bagi tempoh yang sesuai (pe- serta akan dikenakan bayaran sewajarnya).

“Selain itu adalah penyediaan infrastruk­tur, kemu- dahan termasuk akses jalan, bekalan air dan elektrik, telekomuni­kasi, jalan dan infrastruk­tur ladang, sistem saliran, pusat maklumat dan sebagainya termasuk memberi pelbagai khidmat sokongan pertanian seperti latihan teknikal, nasihat, pemasaran serta bantuan kewangan,” katanya.

Beliau menyatakan demi- kian menerusi ucapan penggulung­an kementeria­nnya sempena persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Sementara itu, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri juga telah meluluskan lima lagi TKPM untuk dibangunka­n pada masa depan beriku- tan sambutan baik daripada belia.

Menurutnya, setakat ini terdapat empat TKPM telah dibangunka­n di seluruh negeri iaitu di Rampangi, Pejiru dan Semenggok di Kuching serta Kabuloh di Miri.

“Daripada empat TKPM yang beroperasi sekarang, kira-kira 53 peratus peserta adalah belia, dengan purata pendapatan bulanan mereka RM4,500 dan pendapatan tahunan tertinggi yang dicatatkan ialah RM350,000,” katanya.

Dalam pada itu, Uggah berkata, Kerajaan Sarawak juga memberi peruntukan tambahan sebanyak RM3 juta pada tahun ini untuk membantu peerta baharu di bawah industri berasaskan pertanian.

Katanya, industri tersebut kini membabitka­n seramai 194 peserta yang memperoleh purata pendapatan bulanan sebanyak RM11,800.

Di samping itu, beliau berkata, sebanyak RM9.5 juta telah diluluskan untuk menubuhkan dua Pusat Pemprosesa­n Inkubator di Kuching dan Miri, bagi meningkatk­an lagi pasaran permintaan terhadap produk pertanian tempatan.

Pelbagai bentuk bantuan dan insentif turut disediakan seperti pajakan lot pertanian untuk pengeluara­n makanan bagi tempoh yang sesuai (peserta akan dikenakan bayaran sewajarnya). Datuk Amar Douglas Uggah Embas Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah

 ??  ??
 ??  ?? PASTIKAN BETUL: Uggah (kiri) memeriksa teks ucapan penggulung­an kementeria­nnya sebelum membacanya pada hari terakhir Persidanga­n DUN semalam.
PASTIKAN BETUL: Uggah (kiri) memeriksa teks ucapan penggulung­an kementeria­nnya sebelum membacanya pada hari terakhir Persidanga­n DUN semalam.
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi Patricia Gari Jessica Jawing Nick Fletcher
Laporan oleh Saibi Gi Patricia Gari Jessica Jawing Nick Fletcher

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia