Utusan Borneo (Sarawak)

DUN TAK PERNAH SOKONG PDA

Matlamat Sarawak ialah mengembali­kan hak-hak yang termaktub dalam MA63: KM

-

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak pernah menyokong Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 (PDA), kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, isu hak ke atas sumber negeri khasnya petroleum amat dekat di hati rakyat Sarawak.

“Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri ini tidak pernah menyokong PDA 1974.

“Matlamat kita ialah mengembali­kan hak-hak kita yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) iaitu perjanjian antarabang­sa antara Sarawak, Sabah, Singapura dan Malaya untuk menubuhkan Persekutua­n Malaysia, yang meletakkan Sarawak rakan kongsi sama taraf dengan Malaya (Semenanjun­g Malaysia) dan Sabah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­annya pada hari terakhir Persidanga­n DUN, semalam. Persidanga­n pertama bagi Penggal Ketiga DUN Ke-18 bermula 9 Julai lalu.

Abang Johari yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli berkata, antara hak-hak Sarawak ialah mempunyai undangunda­ngnya sendiri termasuk dibentuk sebelum penubuhan persekutua­n.

Menurutnya, Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958 Sarawak merupakan undang-undang yang baik dan masih berkuat kuasa hari ini.

Beliau menambah, OMO 1958 memberi Sarawak kuasa kawal selia penuh ke atas semua individu atau syarikat terlibat dalam operasi industri minyak dan gas di negeri ini.

Petronas katanya, mengemukak­an rayuan di Mahkamah Persekutua­n untuk mendapatka­n pengisytih­aran bahawa OMO 1958 secara tersiratny­a telah termansuh dengan penguatkua­saan PDA.

“Kita gembira, permohonan Petronas untuk mendapatka­n pengisytih­aran di Mahkamah Persekutua­n ditolak oleh Mahkamah Persekutua­n pada 22 Jun 2018.

“Sementara itu,Sarawak menguatkua­sakan OMO 1958 dan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (GDO) pada 1 Julai 2018 menerusi Lembaga Pengurusan dan Mineral Sarawak (SMMA), Petroleum Sarawak Bhd atau PETROS,” jelasnya.

 ??  ?? DIBENTANG: Abang Johari menunjukka­n ucapan penggulung­annya pada hari terakhir persidanga­n DUN semalam. Turut kelihatan ADUN Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya (kiri) dan Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri, Wan Khalik Wan Muhammad.
DIBENTANG: Abang Johari menunjukka­n ucapan penggulung­annya pada hari terakhir persidanga­n DUN semalam. Turut kelihatan ADUN Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya (kiri) dan Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri, Wan Khalik Wan Muhammad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia