Utusan Borneo (Sarawak)

Kastam rampas rokok, minuman keras tidak sah dalam serbuan di Tedungan

-

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia ( Kastam) Sarawak merampas rokok dan minuman keras bernilai RM170,394.49 melibatkan cukai berjumlah RM792,761.10 dalam serbuan ke atas enam premis di kawasan Tedungan, Limbang, baru- baru ini.

Pengarah Kastam Sarawak Datin Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, serbuan dibuat hasil risikan yang mendapati kebanyakan premis makanan dan minuman di kawasan tersebut menjalanka­n aktiviti penjualan minuman keras dan rokok tidak sah yang berstatus ‘ Malaysian Duty Not Paid.’

Katanya, barangan dirampas merangkumi 976,732 batang rokok pelbagai jenama bernilai RM69,992.97 melibatkan cukai berjumlah RM515,344.45 dan minuman keras 6,326.37 liter bernilai RM100,401.52 dengan cukai RM277,416.65

“Minuman keras dan rokok yang berstatus ‘ Malaysian Duty Not Paid’ dan tidak lulus kastam disyaki dibawa masuk melalui jalan laut dari Pulau Labuan menggunaka­n bot- bot pancung dan dipunggah di kawasan tebingan Sungai Limbang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sharifah Halimah berkata, minuman keras dan rokok yang diseludup masuk adalah untuk pasaran tempatan di Sarawak dan warga Brunei yang mengunjung­i kawasan Tedungan.

“Operasi ini merupakan inisiatif dalam membantera­s penyeludup­an dan penjualan komoditi yang tidak sah di kawasan dimaksudka­n.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas pemilikpem­ilik premis yang terlibat atau bersekongk­ol dengan aktiviti penyeludup­an,” katanya.

Orang ramai diseru memberi kerjasama dengan menyalurka­n maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludup­an dadah dan barangan lain seperti rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubung­i talian bebas tol kastam 1- 800- 888855 atau pejabat kastam yang terdekat di semua negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia