Utusan Borneo (Sarawak)

Salah guna dadah, wanita didenda

-

MIRI: Seorang wanita didenda RM2,600 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambilk­ira kepentinga­n awam.

Catherine Yah Jawan didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda hingga RM5,000 atau penjara hingga dua tahun dan serta-merta dikehendak­i menjalani pengawasan oleh pegawai yang ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati ada menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6.20 petang, 25 Februari 2014 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Terdahulu di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman diringanka­n memandangk­an dia mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun yang kini dijaga ibu bapanya di kampung.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor, manakala tertuduh tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia