Utusan Borneo (Sarawak)

Empat lelaki ditangkap, kegiatan curi kabel tumpas

-

BINTULU: Kegiatan curi kabel berjaya ditumpaska­n sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu dengan penangkapa­n tiga lelaki tempatan di sebuah rumah di kawasan setinggan Sungai Plan di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitend­en Zulkipli Suhaili berkata, penangkapa­n tiga lelaki berumur antara 20 hingga 30 tahun itu oleh anggota polis yang diketuai Inspektor Nixon Malang sekitar jam 6.30 petang Selasa lalu adalah hasil maklumat risikan dan maklumat orang awam.

Susulan itu katanya, hasil soal siasat ke atas ketiga-tiga suspek itu telah membawa kepada penangkapa­n seorang lagi lelaki tempatan berumur 43 tahun untuk membantu siasatan dan lelaki itu merupakan pembeli barangan lusuh.

“Pihak polis turut merampas kulit kabel tertera nama sebuah syarikat telekomuni­kasi tempatan, sebuah guni kecil berisi kabel tembaga, dua keping resit jualan, seunit gergaji, seunit pemotong besi, sebilah pisau pemotong daging dan seunit playar jenis muncung tirus dipercayai ada kaitan dengan aktiviti curi kabel yang telah dilaporkan,” ujarnya di sini, semalam.

Terdahulu katanya, pada 5 Julai lepas, sebuah syarikat telekomuni­kasi telah membuat laporan polis berkenaan kabel talian miliknya yang sepanjang 35 meter telah dipotong dan dicuri di sepanjang Jalan Tanjung Kidurong.

Tambahnya, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

 ??  ?? BAHAN BUKTI: Antara barangan yang dirampas pihak polis Bintulu daripada suspek.
BAHAN BUKTI: Antara barangan yang dirampas pihak polis Bintulu daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia