Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak peluang pekerjaan dijangka diwujudkan hasil projek dilulus ICC

-

KUCHING: Banyak peluang pekerjaan dijangka diwujudkan hasil daripada projekproj­ek yang telah diluluskan Jawatankua­sa Penyelaras­an Perindustr­ian Negeri (ICC) setakat Jun tahun ini.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, antaranya adalah empat projek di bawah Akta Penyelaras­an Perindustr­ian (ICA) 1975 berjumlah RM2.28 bilion iaitu produk elektronik dan elektrik, produk berasaskan logam, produk kayu dan berasaskan kayu serta produk mineral bukan logam.

“Projek-projek ini dijangka mewujudkan kira-kira 320 peluang pekerjaan di Sarawak,” katanya ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan sempena Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kelmarin.

Selain itu, Awang Tengah berkata, ICC juga telah meluluskan lapan projek ICC berjumlah RM75.75 juta terutamany­a dalam perkhidmat­an, produk kayu dan berasaskan kayu, produk HDPE, perabot dan lainlain.

“Lima projek bernilai RM65 juta masih dalam pertimbang­an. Pelaburan ini dijangka mewujudkan kirakira 310 peluang pekerjaan,” katanya.

Manakala pada 2017, beliau berkata di bawah ICA 1975, Sarawak berjaya menarik 20 projek bernilai RM10.5 bilion yang merupakan pelaburan ketiga tertinggi di Malaysia selepas Johor (RM21.9 bilion) dan Pulau Pinang (RM10.8 bilion).

Jelasnya, pelaburan-pelaburan tersebut adalah dalam sektor produk berkaitan petroleum — RM9.3 bilion (gas asli cecair), produk mineral bukan logam — RM700.7 juta (simen), produk elektronik dan elektrik — RM300 juta (solar silicon ingots) yang dijangka mewujudkan kira-kira 750 peluang pekerjaan.

Selain itu, beliau berkata, ICC juga telah meluluskan 44 projek berjumlah RM260 juta terutamany­a dalam perkhidmat­an (gudang, pengangkut­an dan logistik), pembuatan makanan ( loji ais, barang beku, sos dan lain- lain), produk mineral bukan logam, produk berasaskan logam, produk peralatan pengangkut­an, produk kayu dan berasaskan kayu dan lain-lain, yang dijangka mewujudkan kira-kira 1,200 peluang pekerjaan.

Mengenai Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE), Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan berkata, setakat ini ia berjaya menarik pelaburan sebanyak RM33.64 bilion, tidak termasuk projek keluli yang dicadangka­n bernilai RM17 bilion dan projek metanol bernilai RM6 bilion yang masih dalam peringkat penilaian.

Justeru untuk mempercepa­tkan pembanguna­n kawasan tengah dan utara, beliau berkata, Kerajaan Sarawak telah memperluas­kan kawasan SCORE dan menubuhkan tiga agensi di bawah RECODA, iaitu Agensi Pembanguna­n Hulu Rajang (URDA), Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA).

“Dengan itu, sempadan SCORE kini dibesarkan daripada 7.07 juta hektar (7,070,900 hektar) kepada 10.4 juta hektar (10,414,239 hektar) yang meliputi kawasan baharu di bahagian Miri dan Limbang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia