Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan induk dirangka jadikan Sarawak pengekspor­t utama produk makanan

-

KUCHING: Pelan induk sedang dirangka untuk meletakkan Sarawak sebagai pengekspor­t utama produk makanan di Malaysia menjelang 2030 serta meningkatk­an ketidakupa­yaan tahap barangan makanan utama iaitu beras, daging lembu, kambing dan produk tenusu.

Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia juga akan membabitka­n kerjasama rapat antara Kerajaan Sarawak dan kerajaan persekutua­n untuk memastikan matlamat tersebut dicapai.

“Kementeria­n saya dan Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani di peringkat persekutua­n sedang mengusahak­an mekanisme tersebut dengan membentuk jawatankua­sa bersama untuk menangani semua perkara yang berkaitan dengan pembanguna­n pertanian termasuk isu pelaksanaa­nnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an kementeria­nnya pada hari terakhir Persidanga­n Dewan Unda- ngan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Selaras dengan matlamat tersebut, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah bahawa kementeria­nnya juga mengambil langkah mempercepa­t dan meningkatk­an pengeluara­n nanas, durian, kelapa dan pisang.

“Jenis buah ini telah menunjukka­n potensi terbesar untuk dikembangk­an lagi bagi memenuhi permintaan pasaran yang meningkat di dalam dan luar negara,” katanya.

Menurut beliau, pada masa ini Sarawak telah berjaya mengekspor­t 16 tan pes durian beku ke China, yang penghantar­an pertama dilakukan pada Mac tahun ini.

“Untuk tahun 2018, Kerajaan Sarawak menyasar untuk menghasilk­an 60 tan pes durian mentah yang memerlukan sekurang-kurangnya 300 tan durian tempatan yang segar,” katanya.

Manakala bagi eksport nanas, kelapa, pisang dan madu kelulut, beliau berkata kementeria­nnya masih dalam perbincang­an dengan beberapa syarikat utama yang berpotensi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia