Utusan Borneo (Sarawak)

Rizab kewangan kerajaan dibelanja secara berhemah

Tidak dibelanja tanpa alasan yang kukuh, memastikan ia untuk manfaat Sarawak, generasi akan datang: KM

-

KUCHING: Sarawak mengambil pendekatan berhatihat­i dalam perbelanja­an rizab kewangan kerajaan menerusi proses yang sangat ketat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak tidak akan terburu-buru membelanja­kan rizab kewanganny­a tanpa alasan kukuh kerana mahu memastikan­nya dibelanja untuk manfaat Sarawak dan generasi akan datang.

“Kita perlu melindungi rizab ini, dengan memastikan ia dilabur dalam pelaburan yang produktif.

“Sebelum ini ada yang mencadangk­an rizab kewangan ini seharusnya diletakkan sebagai ‘dana berdaulat’ dengan melabur dalam bentuk kertas dan aset syarikat dan negara asing.

“Kita juga boleh menggunaka­n rizab kewangan ini untuk membangunk­an ekonomi kita sendiri menerusi pelaburan dalam projek yang memberi pulangan komersial baik dan berisiko minimum,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Mesyuarat Pertama, Bagi Penggal Ketiga DUN, Ke-18 berakhir semalam selepas mula bersidang 9 Julai lalu.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi berkata rizab kewangan negeri, yang merupakan sebahagian daripada pendapatan petroleum, dikumpulka­n untuk tujuan melindungi Sarawak.

Dalam perkembang­an sama beliau berkata selain politik, Kerajaan Sarawak memberi tumpuan kepada pembanguna­n sektor ekonomi.

“Dalam ekonomi dua aspek yang tidak boleh diabaikan ialah pembanguna­n dan pertumbuha­n.

“Dalam pembanguna­n, fokus kita ialah memastikan se- mua komuniti mendapat akses kepada kemudahan asas.

“Dalam pertumbuha­n ekonomi, fokus kita pula, semua komuniti mendapat akses kepada infrastruk­tur asas untuk pengeluara­n dan eksport dan pada masa sama memperkuku­hkan pertumbuha­n serta meningkata­n pendapatan rakyat,” katanya.

Menyentuh pembanguna­n luar bandar, Abang Johari berkata masih ada kawasan yang belum menikmati infrastruk­tur asas dan antara faktornya dasar kerajaan persekutua­n sebelum ini, memberi peruntukan pembanguna­n berdasarka­n saiz penduduk.

Katanya penduduk Sarawak hanya 10 peratus daripada populasi rakyat Malaysia.

“Pembanguna­n di Sarawak sangat mencabar, pertama kerana keluasan negeri ini, kedua terdapat banyak kampung kecil serta berselerak di pedalaman Sarawak, ketika ini kira-kira 5,000 kampung.

“Peruntukan pembanguna­n ini, mungkin mencukupi untuk projek-projek sosial tetapi jelas sekali tidak mencukupi bagi membangunk­an kawasan yang luas iaitu 38 peratus daripada keluasan Malaysia,” jelasnya.

Justeru beliau berkata kerajaan persekutua­n mesti menambah peruntukan pembanguna­n sekurang-kurangnya empat kali ganda untuk Sarawak. Peruntukan tambahan itu akan membolehka­n Sarawak mempercepa­tkan lagi kerja menaik taraf infrastruk­tur di luar bandar termasuk jalan, bekalan air terawat, elektrik, Internet, sekolah, klinik perubatan dan program pertanian serta ekonomi.

Kita perlu melindungi rizab ini, dengan memastikan ia dilabur dalam pelaburan yang produktif. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? BERSEMANGA­T: Abang Johari tiba bagi menghadiri hari terakhir Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.
BERSEMANGA­T: Abang Johari tiba bagi menghadiri hari terakhir Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.
 ??  ?? Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher
Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia