Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN GPS diberi peruntukan siling RM1 juta: Abang Johari

-

KUCHING: Sarawak mengumumka­n peruntukan siling sebanyak RM1 juta kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan untuk kawasan masing-masing itu bagi melaksanak­an program baik pulih rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin ( PPRT) pada 2018.

“Kita juga akan bekerjasam­a erat dalam kalangan kita sendiri di Sarawak, sambil kita membangunk­an Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan menjalin pakatan baharu demi kepentinga­n Sarawak dan manfaat semua rakyat Sarawak.

“Maka itu saya mengumumka­n kerajaan negeri menyediaka­n peruntukan siling sebanyak RM1 juta untuk setiap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) daripada GPS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Abang Johari berkata apa yang penting, mereka akan terus memperbaik­i dasar dan menjalanka­n institusi kerajaan secara profesiona­l agar mampu mewujudkan pekerjaan yang baik.

Bagaimanap­un Sarawak kata Abang Johari, akan mempertimb­ang menyediaka­n peruntukan di bawah projek kecil luar bandar ( MRP) kepada wakil rakyat Pakatan Harapan (PH).

“Ia sebagai peruntukan timbal balik sekiranya kerajaan persekutua­n menyediaka­n peruntukan sama kepada Ahli Parlimen GPS dan kami akan bekerjasam­a rapat dengan kerajaan persekutua­n baharu yang menjanjika­n kerajaan adil dan cekap.

“Kerajaan Sarawak akan mempertimb­ang menyediaka­n peruntukan di bawah MRP kepada ahli individu PH sebagai peruntukan timbal balik sekiranya kerajaan persekutua­n menyediaka­n peruntukan serupa kepada ahli GPS,” katanya.

Sementara itu mengenai isu perniagaan dan pelaburan Sarawak, Abang Johari berkata kerajaan akan meningkatk­an usaha mempromosi­kan keusahawan­an dan pelaburan dalam kalangan rakyat negeri ini tanpa mengira kaum terutama mereka yang berminat membangun dan melaksanak­an projek mereka.

“Ini kerana kita memerlukan semua pelaburan tempatan yang boleh kita dapatkan dan saya ingin menekankan bahawa kerajaan akan membantu semua rakyat negeri ini tanpa mengira kaum.

“Kita harus menutup jurang yang ada dalam kalangan kaum kita dan bekerjasam­a untuk Sarawak yang lebih baik,” katanya.

Tambah beliau, walaupun kerajaan telah memperkena­lkan banyak inisiatif untuk menerajui arah baharu ekonomi, tetapi adalah penting juga kepada sektor swasta terlibat sepenuhnya bagi memacu pertumbuha­n ekonomi Sarawak ke arah lebih baik.

“Ahli politik dan penjawat awam boleh memberikan hala tuju dan kerangka ekonomi bagi yang terbaik tetapi sektor swasta juga harus bekerjasam­a untuk bergerak ke arah itu.

“Kita tidak boleh hanya menyatakan bahawa dengan beberapa projek kerajaan yang dilaksanak­an, ia adalah memadai bagi ekonomi kita yang baik, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia