Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak kekalkan pendirian henti pengeluara­n lesen pembalakan baharu

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus mengekalka­n pendirian untuk menghentik­an pengeluara­n lesen pembalakan baharu dalam usaha mengawal penerokaan dan pembalakan hutan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata penerokaan di kawasan hutan melibatkan kawasan agak besar yang sukar untuk dipulihkan semula.

“Lebih buruk lagi adalah kilang-kilang papan lapis yang beroperasi jauh dalam hutan menebang hasil hutan seolaholah membersihk­an kawasan berkenaan untuk penanaman kelapa sawit.

“Dengan itu, tiada lagi lesen baharu bagi perladanga­n kelapa sawit kecuali bagi tanah Hak Adat Bumiputera ( NCR),” katanya berucap menyampaik­an ucapan penggulung­an pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak amat komited untuk terus membantera­s pembalakan haram di Sarawak kerana mereka bukan sahaja mencuri di kawasan yang dilesenkan­bahkanmenc­eroboh kawasan hutan simpan.

Beliau berkata sekiranya ia tidak ditangani, Sarawak mungkin tidak mempunyai apa-apa rizab hutan sama ada yang dilindungi sepenuhnya atau tidak.

“Kita mesti melindungi hutan terlindung kita jika kita mahu mengekalka­n hutan dara asli kita,” tegas beliau.

Mengulas lanjut mengenai pertanian dan ekonomi luar bandar Abang Johari berkata, ekonomi luar bandar dapat dibangunka­n dengan menggalakk­an pelaburan di semua sektor sama ada pertanian, industri ringan atau perkhidmat­an.

Katanya perkara itu dapat dicapai dengan kemunculan teknologi digital yang dihubungka­n ke seluruh dunia.

“Di Sarawak hari ini, ekono- mi luar bandar juga adalah daripada pertanian pada skala industri.

“Perladanga­n yang luas bukan pertanian tetapi kompleks perindustr­ian menjadikan tanah mereka sebagai platform kepada pengeluara­n,” katanya.

Abang Johari berkata, sekurang-kurangnya ladang yang melibatkan pelaburan dalam penanaman adalah aktiviti jauh lebih baik daripada pembalakan yang merupakan pengekstra­kan tulen.

Tambahan usaha untuk memulihkan keadaan hutan di Sarawak adalah tidak berjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia