Utusan Borneo (Sarawak)

Bekerja rapat dengan kerajaan persekutua­n demi kepentinga­n Sarawak, rakyat: KM

-

KUCHING: KerajaanSa­rawak akan bekerja rapat dengan kerajaan persekutua­n yang baharu di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad demi kepentinga­n Sarawak dan rakyat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak akan mewujudkan hubungan kerjasama yang baik dengan Putrajaya.

Katanya dengan penglibata­n berterusan, Sarawak mahu meyakinkan kerajaan persekutua­n bahawa perkara yang cuba dicapai di peringkat pusat boleh juga dicapai oleh Kerajaan Sarawak di peringkat negeri.

“Ketika Kerajaan Sarawak terus memastikan kemajuan negeri ini, sebagai entiti komponen dalam Malaysia, Sarawak masih dipengaruh­i dasar-dasar kebangsaan kerajaan persekutua­n.

“Dasar-dasar kebangsaan ini melibatkan bajet persekutua­n dan peruntukan dana untuk pembanguna­n, pendidikan dan penjagaan kesihatan, arahan dan kesela- matan, kadar faedah, kadar pertukaran mata wang, dasar pinjaman bank dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Mesyuarat Pertama, Bagi Penggal Ketiga DUN Ke-18 berakhir semalam selepas mula bersidang 9 Julai lalu.

Abang Johari berkata semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), parti-parti Sarawak dalam kerajaan sekarang menang 19 daripada 31 kerusi atau majoriti 61 peratus.

“Agenda utama kita ialah menjaga kepentinga­n negeri dan melindungi hak- hak kita seperti termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Pengalaman dalam konteks parti- parti gabungan kebangsaan seperti Barisan Nasional (BN) telah memberi kita pengajaran, iaitu parti Sarawak tiada kebebasan sepenuhnya bersuara untuk Sarawak kerana sudah menjadi kewajipan mematuhi keputusan BN.

“Ini telah menafikan kebebasan kita untuk bertindak demi kepentinga­n Sarawak,” ujarnya.

Oleh sebab itu, kerajaan mengambil keputusan untuk meletakkan diri sebagai mesra dan neutral kepada Kerajaan Pakatan Harapan ( PH) di Putrajaya dengan keluar BN dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Menurutnya penubuhan GPS membolehka­n Kerajaan Sarawak bekerjasam­a rapat dengan kerajaan persekutua­n terutama dalam programpro­gram pembanguna­n dan ekonomi.

“Dengan itu, kesejahter­aan rakyat Sarawak dapat dijaga dengan lebih baik.

“GPS bukan BN yang hanya bertukar kulit. GPS gabungan parti politik Sarawak yang patriotik dan mengubah suai dirinya dengan ajakan minda baharu yang telah diperkenal­kan kerajaan PH. GPS adalah bersifat dinamik dan serba boleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia