Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n DUN kali ini menggambar­kan amalan demokrasi yang sihat di Sarawak

-

KUCHING: Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini dilihat sedikit unik dan menggambar­kan amalan demokrasi yang sihat dalam sistem Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee berkata keunikan persidanga­n kali ini dapat dilihat kerana selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) landskap politik di Sarawak berubah menyaksika­n barisan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) merupakan pembangkan­g di peringkat negeri tetapi kerajaan di peringkat persekutua­n.

Selain itu, penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas Sarawak keluar Barisan Nasional (BN) memberi sedikit ‘suntikan perubahan’ pada persidanga­n kali ini meskipun objektif utama ialah menyuaraka­n kepentinga­n rakyat.

“Sesi kali ini sangat signifikan terutama selepas PRU14, ada sedikit unik berbanding sesi sebelum ini, kerana wakil rakyat PH di Sarawak adalah pembangkan­g dan kita pada pihak kerajaan tetapi di peringkat pusat mereka adalah kerajaan.

“Pandangan peribadi saya, ialah apabila melihat wakil PH ketika ini mereka mengambil pendekatan berhati-hati untuk menyuara atau membangkit­kan isu-isu,” katanya.

Beliau ditemui selepas Mesyuarat Pertama, Bagi Penggal Ketiga, DUN Sarawak Ke-18 berakhir semalam selepas mula bersidang pada 9 Julai lepas.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi berkata bagi GPS, hala tujunya amat jelas iaitu memperjuan­gkan hak-hak Sarawak.

“Ketua Menteri ( Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa dalam ucapan penggulung­annya tadi dengan jelas mengatakan peranan utama GPS ialah berjuang untuk hak-hak Sarawak.

“Sebelum ini kita di bawah BN, kita terikat kepada keputusan Parlimen, sekarang kita lebih neutral di Parlimen, maknanya kita boleh berjuang apa sahaja untuk kepentinga­n Sarawak,” ujarnya.

Perkara paling penting katanya ialah, rakyat harus tahu GPS ditubuhkan dengan objektif utama memperjuan­gkan hakhak negeri ini kerana hanya parti politik dari Sarawak lebih tahu yang terbaik untuk Sarawak dan rakyatnya.

Beliau turut menyifatka­n persidanga­n kali ini sangat signifikan kerana empat Rang Undang-Undang (RUU) telah diluluskan dan dua daripada sangat penting iaitu RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2018 dan RUU Perlombong­an Minyak (Pindaan) 2018.

“OMO adalah satu daripada perjuangan kita untuk mendapatka­n semula hak Sarawak manakala RUU Kanun Tanah (Pindaan) 201 memberi hak kepada penduduk asal atau Bumiputera ke atas tanah NCR terutama Pemakai Menoa dan Pulau Galau,” ujarnya.

Sementara itu, ADUN Layar yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Gerald Rentap Jabu berkata sama ada BN atau GPS, wakil rakyat kerajaan tetap menyampaik­an suara rakyat.

“Memang ada perbezaan terutama ketika sesi membahas RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2018 dengan hampir semua wakil GPS mengambil bahagian dan akhirnya isu penting ini selesai.

“Hala tuju kita (GPS) jelas, iaitu menyampaik­an suara rakyat dan memfokus kepada perkara asas seperti pembanguna­n infrastruk­tur seperti jalan, bekalan air dan elektrik lebihlebih lagi kami wakil rakyat dari luar bandar,” katanya.

Menurutnya ketika ini perkara paling penting ialah GPS perlu lebih berani menyampaik­an suara rakyat kepada DUN, badan menggubal undang-undang tertinggi di negeri ini.

“Secara peribadi saya berpendapa­t persidanga­n perlu berlangsun­g lebih lama, lapan hari tidak cukup, 10 minit diberikan kepada setiap ahli dewan untuk berucap atau berbahas tidak memadai,” katanya.

ADUN Padungan Wong King Wei berkata pada Persidanga­n DUN kali ini wakil pembangkan­g dilayan dengan lebih hormat berbanding sebelum ini.

Katanya menteri atau menteri muda memberi kebenaran kepada wakil PH mendapatka­n penjelasan kepada isu yang kurang jelas sama ada semasa sesi soal jawab atau penggulung­an.

“Kini kami PH dilayan dengan lebih hormat dan mereka (menteri dan menteri muda) sanggup memberi ruang dan peluang untuk mendapat penjelasan malah menyuaraka­n pandangan.

“Tidak seperti sebelum ini, mereka hanya mengabaika­n permintaan kami untuk mendapatka­n penjelasan dan jika dibenarkan akhirnya apa yang kami bangkitkan dikatakan mengarut...tetapi sekarang sedikit berbeza,” katanya.

Wong yang juga Setiausaha Publisiti DAP Sarawak berkata pihaknya tidak akan menimbulka­n ‘kekecohan’ atau mempersoal­kan perintah tetap Dewan tanpa sebab.

“Kali ini wakil kerajaan lebih menghormat­i wakil PH, lebihlebih lagi dalam aspek jawapan menteri. Saya fikir ini adalah perkembang­an sihat untuk sistem demokrasi Sarawak,” katanya.

ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting pula melihat Persidanga­n DUN kali masih sama, hanya BN bertukar nama kepada GPS.

“Apa yang berbeza kali ini mungkin buat pertama kali ada menteri dan timbalan menteri persekutua­n duduk di dalam Dewan, saya tidak ingat sama ada sebelum ini pernah berlaku atau tidak.

“Kehadiran Menteri Kerja Raya (Baru Bian) dan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Chong Chieng Jen) diharap dapat menjelaska­n isu-isu berkaitan di kawasan lebih-lebih lagi pembanguna­n infrastruk­tur.

“Namun mereka tidak dapat menghadiri sesi kali ini sehingga habis kerana perlu menghadiri mesyuarat kabinet pusat dan persidanga­n parlimen,” katanya.

Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu mengakui ketiadaan kedua-dua ahli dewan itu terutama Chong sememangny­a dirasai.

 ??  ?? DR ANNUAR RAPA’EE
DR ANNUAR RAPA’EE
 ??  ?? GERALD RENTAP JABU
GERALD RENTAP JABU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia